Penyokong Seru Semua Pasukan Lebih Bijak Dalam Menarik Kehadiran Penyokong

PETALING JAYA, 6 Januari: Penyokong bola sepak tempatan menggesa semua pasukan Liga Malaysia berusaha lebih keras mempromosikan setiap perlawanan dengan lebih menarik pada musim ini termasuklah perlawanan yang bakal berlangsung pada bulan Ramadan.

Kehadiran penyokong menyaksikan perlawanan di stadium masih menjadi elemen terpenting terutama dalam menjana pendapatan pasukan dan sudah pastinya selain permainan berkualiti, setiap pasukan perlu peka untuk mencari jalan menarik penyokong ke stadium.

Bagi penyokong bolasepak Kuala Lumpur, Mohd Khairul Nizam Arifin dia percaya setiap pasukan perlu melakukan inisiatif sendiri dengan cuba menganjurkan program atau aktiviti bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat bersama penyokong.

Jelasnya, tiada alasan kepada pasukan untuk tidak merancang daripada awal kerana jadual sudah diumumkan oleh Malaysian Football League, (MFL) pada Jumaat lalu iaitu hampir dua bulan sebelum sepak mula Liga Malaysia 2020.

Selain itu, Khairul berharap semua pihak perlu menerima susunan jadual perlawanan ini selepas mengambil kira kepentingan skuad kebangsaan dan perlaksanaan Economic Control Programme (ECP).

“Mahu atau tidak, baik pasukan dan penyokong, mereka perlu menerima dengan jadual yang sudah dikeluarkan ini termasuklah perlawanan yang tetap akan berlangsung pada bulan Ramadan.”

“Walaupun mungkin kita nampak agak susah, tetapi itu sahaja jalan yang ada untuk MFL memastikan semua perlawanan tetap berlangsung dengan baik khususnya di bulan Ramadan kerana kita juga kena melihat kepentingan skuad kebangsaan tahun ini.”

“Jadi, pasukan sudah boleh bersedia dengan segala inisiatif untuk mereka mengajak peminat turun ke stadium seperti contoh mengadakan sesi berbuka puasa atau terawih bersama-sama selain pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dirancang”, jelasnya.

Zamzuri Ibrahim selaku penyokong setia Pulau Pinang pula menyifatkan prestasi pasukan akan menjadi kunci utama dalam menarik peminat bola sepak tempatan ke stadium tidak kira di venue mana sekalipun.

Namun, sekiranya persembahan pasukan terumbang ambing, pihak pengurusan haruslah bersedia dengan perancangan yang lebih baik untuk melakukan promosi besar-besaran bagi setiap perlawanan.

Agar kehadiran penyokong tidak merosot termasuklah daripada aspek penggunaan media sosial untuk mendekati peminat dengan lebih rapat.

“Bola sepak di Malaysia ini saya boleh katakan seperti hiburan dalam kalangan kami sebagai peminat dan untuk mendapatkan hiburan yang lebih menarik, prestasi pasukanlah yang menjadi kepentingan.”

“Jadi pasukan perlu mengambil berat mengenai perkara ini dan gunakan segala medium yang ada seperti media sosial selain melakukan pakej menarik daripada segi tiket atau kupon makanan buat penyokong tambah-tambah pada bulan puasa nanti.”

“Daripada sudut bolasepak tempatan di Malaysia ini, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar beraksi di bulan Ramadan kerana sudah ada kaedah penyesuaian yang telah dipraktikkan oleh pasukan kepada pemain dan untuk kami.”

“Ia tetap menjadi hari perlawanan yang biasa walaupun kami perlu merancang dengan lebih teliti untuk perjalanan jauh bagi aksi di tempat lawan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN