Penyokong Sepanyol Mahukan Kepa Jadi No.1 Ganti De Gea, Ini Reaksi Beliau

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga menyatakan beliau sentiasa bersedia mahu mencabar tempat sebagai penjaga gol no.1 Sepanyol.

Beliau hanya ada 1 kaps tunggal untuk negaranya iaitu ketika menentang Costa Rica dalam perlawanan persahabatan November lalu.

Beliau menyertai skuad Piala Dunia 2018 dan kemudian dipanggil sekali lagi oleh pengurus baharu Luis Enrique untuk bermain dalam Liga Negara Eropah.

Pemain berusian 23 tahun ini memulakan karier dengan cemerlang di Chelsea musim ini. Manakala De Gea sebelum ini dikiritik kerana aksi lemah ketika Piala Dunia 2018.

Dalam satu undian yang diadakan oleh Marca selepas kempen Piala Dunia, penyokong Sepanyol rata-rata mahukan Kepa menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol.

Kepa walaubagaimanapun tidak mahu memberikan komen tentang undian itu kerana beliau mahukan merit atas persembahan dan kepercayaan jurulatih sebagai asas persaingan.

“Menjadi sebahagian skuad ini sudah cukup menggembirakan saya. Kami semua yang ada dalam skuad ini ini bermain.”

“Kami sentiasa bersedia untuk bermain. Jurulatih boleh memilih sesiapa sahaja dan kami sentiasa bersedia untuk bermain.”

“Saya percaya, jurulatih akan membuat keputusan terbaik demi pasukan. Di dalam sesi latihan saya akan bekerja keras untuk kebaikan pasukan ini.”

“Semua pemain di sini mahu bersaing untuk menjadi pemain utama. Kami akan hormati apa sahaja keputusan jurulatih dengan penuh suasana harmoni sepanjang masa.”

Spain’s goalkeeper Kepa Arrizabalaga (L) whispers to Spain’s goalkeeper David de Gea ahead of a friendly football match between Spain and Argentina at the Wanda Metropolitano Stadium in Madrid on March 27, 2018. / AFP PHOTO / PIERRE-PHILIPPE MARCOU (Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

“De Gea penjaga gol hebat dan gawang gol akan dijaga sempurna dengan beliau di hadapannya.”

“Malangnya dalam Piala Dunia lalu kami pulang terlalu awal. Saya tak mahu tahu isu undian itu dan cuba mengelakkan diri untuk perkara seperti itu demi fokus kepada pasukan.”

Kepa memberitahu beliau tiada tekanan dengan tag harga penjaga gol termahal di dunia. Beliau dalam proses penyesuaian sebaiknya di kota London buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN