Penyokong Selangor Tetap Akan Kasi Stadium MBPJ ‘Fullhouse’

Penyokong Selangor nampaknya tetap akan memberikan sokongan buat kelab kesayangan mereka walaupun pasukan tersebut sah akan beraksi tanpa kehadiran penonton pada aksi seterusnya bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Selangor secara rasminya telah pun menerima hukuman mereka melalui Liga Bolasepak Malaysia (MFL), atas tindakan mereka untuk menarik diri daripada saingan Sumbangsih musim 2024/2025.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh MFL, Ahli Lembaga Pengarah persatuan itu telah pun mengambil pertimbangan untuk meletakkan empat hukuman buat The Red Giants kerana tidak hadir pada aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hukuman tersebut ialah denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL, Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025, dan aksi seterusnya membabitkan Selangor bersama JDT selepas ini tanpa kehadiran penonton.

Walaupun begitu, pertikaian paling kerap dibunyikan pasti terarah kepada bentuk hukuman keempat apabila aksi seterusnya di laman sendiri buat Selangor bakal berlangsung tanpa kehadiran penyokong.

Ini kerana, ada pendapat menyatakan penyokong sepatutnya hukuman itu hanya membabitkan kelab sahaja dan tak perlu melibatkan mereka sekali untuk ke stadium.

Namun, penyokong Selangor jelas tidak mahu menjadikan ia sebagai suatu alasan mengapa mereka tidak boleh memberi sokongan padu khas buat The Red Giants pada aksi itu nanti.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Danial Mazalan di media sosial X, beliau menyarankan supaya pengurusan kelab tersebut meletakkan QR Code untuk akaun pasukan suaya mereka tetap boleh membuat pembayaran tiket walaupun tidak dapat memasuki stadium.

Ini kerana kutipan duit tersebut dapat digunakan kelab berkenaan untuk membayar denda kepada MFL sambil menyatakan para penyokong sentiasa ada buat Selangor.

“Salam @selangorfc game yang kitaorang tak boleh masuk tu. Letak je QR acc team. Kitaorang akan bayar tiket game tu. Duit tu nanti buat bayar saman. Kita ada dengan anda,” jelas beliau.

Saranan Danial jelas mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial X lain dengan ada sesetengahnya turut mencadangkan supaya skrin besar dibuka sekitar stadium.

“Buka skrin besar², tampal QR acc team di perkarangan stadium. Kita tengok perlawanan di luar stadium sahaja pun sudah memadai. Penyokong masih lagi di luar stadium,” ulas Apip Pudin.

“Buka aje jualan tiket RM10-15 atleast bang walaupun penonton tak dibenarkan masuk. Masa covid dorg jual placard kan. Ni as return next game dpt secawan air fanta free, Open to first 15k. Make it “Limited” utk bg feel FOMO,” cadang selwan89 pula.

Bagaimana pendapat anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN