Aksi antara Selangor dan juga Kuala Lumpur City (KL City) sememangnya cukup hangat apabila pelbagai aksi dan insiden yang terhasil.
Paling ketara adalah kad merah yang diterima oleh Zikri Khalili serta penalti yang diterima KL City yang diselamatkan oleh Sam Sommerville.
Apa yang berlaku semalam membuatkan perlawanan tersebut satu sesi menaiki roller-coaster buat penyokong Selangor – yang berasakan pengadil terlalu memihak kepada pasukan pelawat.
Tidak kompetennya pengadil semalam jelas sekali membuatkan penyokong Selangor berasa berang dan mula menghentam dengan sorakan-sorakan yang ditujukan kepada si baju hitam.
Menjelang penghujung perlawanan, penyokong Selangor mula bersorak dengan menujukan perkataan “b**i” dan “a****g” kepada pengadil semalam.
Ultrasel – “Oooo referee babi, referee babi, referee babi, referee babi”
Pengulas – Penyokong Gergasi Merah tetap melaungkan sorakan semangat untuk pasukan mereka mencari kemenangan.
— Aiman. D (@aimannnn) July 20, 2022
Sorakan itu terlalu kuat hinggakan berjaya ditangkap oleh audio dalam siaran langsung.
Namun apa yang menarik adalah apabila pengulas perlawanan semalam, Shaukei Kahar mengatakan sorakan yang dilaungkan itu sebenarnya adalah berbentuk dorongan kepada pasukan Selangor.
“Namun, penyokong-penyokong Gergasi Merah tetap melaungkan sorakan semangat untuk pasukan mereka berjuang mencari kemenangan,” ulas Shaukei ketika siaran langsung.
— Aiman. D (@aimannnn) July 20, 2022
Apa yang diulaskan oleh Shaukei itu agak ironi memandangkan ketika itu sorakan berbentuk nista yang diberikan kepada pengadil sedang hangat dilaungkan.
Namun, mungkin Shaukei hanya cuma mahu melakukan coverline kepada situasi tersebut kerana sorakan tersebut bukanlah sesuatu yang sesuai untuk didengarkan dengan jelas dalam siaran langsung.
Selangor dan KL City berkongsi satu mata selepas perlawanan terikat 1-1 hasil jaringan Brenda Gan dan Romel Morales.