Penyokong Salahkan China FA, Larangan Dedah Tatu Punca Kekalahan Teruk

Penyokong bola sepak di China menyalahkan badan induk bola sepak negara berkenaan, China FA (CFA) kerana melarang pemain mempamerkan tatu milik mereka, sekaligus menjadi punca kekalahan besar pasukan kebanngsaan China dalam dua perlawanan antarabangsa baru-baru ini.

Dua kekalahan, masing-masing dengan jaringan 6-0 kepada Wales, dan yang terbaru ialah kekalahan 4-1 kepada Republik Czech pada Isnin lalu, menyaksikan ramai pemain China memakai pembalut untuk menyembunyikan tatu masing-masing.

(Photo by XIN LI/Getty Images)

Mengikut laporan media di negara tersebut, pemain diarahkan untuk tidak menonjolkan tatu ketika mewakili pasukan kebangsaan China yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari Itali, Marcello Lippi.

Pemain yang memiliki ukiran tatu paling ketara ialah pemain pertahanan, Zhang Linpeng tidak beraksi di dalam kedua-dua perlawanan, walaupun merupakan sering menjadi pemain kesebelasan utama sebelum ini.

Walaupun kenyataan rasmi yang dikeluarkan olh CFA menyatakan Linpeng terpaksa disisihkan akibat kecederaan, segelintir penyokong berpendapat pemain itu digugurkan kerana memiliki tatu di bahagian lengan dan leher yang sukar disembunyikan.

(Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Amalan mengukir tatu di anggota badan sebenarnya bukan kebiasaan di kalangan pemain bola sepak di China. Tetapi amalan yang seperti sudah mulai menjadi ikutan di kalangan ahli sukan, termasuk di dalam bola sepak di negara berkenaan mulai mendapat perhatian pihak kerajaan.

China adalah sebuah negara komunis yang mementingkan nilai dan moral di kalangan rakyatnya, dan amalan bertatu dilihat sebagai sisi negatif di mata masyarakat.

Dalam kekalahan kepada Republik Czech pada Isnin lalu, pemain tengah Cai Huikang dilihat memakai jersi berlengan panjang untuk tidak mendedahkan tatu miliknya. Rakan sepasukan, Wei Shihao menggunakan pembalut di sebelah bicep kiri.

(Photo by XIN LI/Getty Images)

Tiada arahan rasmi dikeluarkan oleh CFA untuk larangan ini, namun media tempatan di China mendedahkan pihak kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan yang lebih meluas untuk menangani isu ini.

Antara atlet lain yang mungkin turut terkesan sekiranga kerajaan China mengambil langkah proaktif ialah pemain badminton terkenal dunia, Lin Dan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN