Penyokong Real Madrid Pulangkan Semula 1000 Tiket Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah

Kerana kos penginapan dan pengangkutan yang melambung tinggi, peminat Real Madrid memulangkan semula 1,000 tiket perlawanan final Liga Juara-Juara bertemu Liverpool sabtu ini.

Menurut laporan daripada The 42, Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berkata tiket-tiket berkenaan tidak boleh dijual semula kepada peminat Liverpool atas alasan keselamatan tetapi mereka akan menjualnya kepada peminat tempatan di ibu negara Ukraine itu.

https://twitter.com/McDanmc/status/999728575346561024

Kemarahan peminat kedua-dua pasukan ketika ini memuncak membabitkan kenaikan harga hotel mendadak dan pembatalan tempahan dengan sesetengah hotel mengenakan harga 100 kali lebih tinggi daripada harga standard.

Liverpool berkata mereka sudah membuat aduan kepada “pihak tertinggi” badan induk bola sepak Eropah itu.

Naib Presiden UEFA dari Ukraine, Grigoriy Surkis mengkritik sikap pemilik-pemilik hotel berkenaan yang mengambil kesempatan atas perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak Eropah itu yang memiliki 17 kejuaraan di antara mereka.

“Saya tidak kecewa, tetapi saya marah,” katanya.

“Saya fikir ia sesuatu yang memalukan buat ibu negara, di mana pemilik hotel individu tidak memberikan orang peluang untuk datang ke sini bukan seperti yang berlaku di bandar-bandar lain dengan meningkatkan harga kepada 10 kali ganda, tetapi hampir 100 kali ganda.”

Keputusan untuk menganugerahkan Kiev selaku tuan rumah final dibuat sebelum Ceferin dipilih sebagai presiden pada 2016 dengan warga Slovenia itu sudah pun mengenalkan sistem tender menerusi laporan penilaian membabitkan bandar yang membuat bidaan.

Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul yang memiliki kapasiti 76,000 tempat duduk dinamakan sebagai tuan rumah final edisi 2020, semalam manakala final musim depan berlangsung di gelanggang Atletico Madrid, Wanda Metropolitano.

Selain itu, Ceferin mengakui penjualan tiket final dalam pasaran gelap turut menjadi masalah besar.

Peminat Real, Marcos Sanchez mengakui sudah mengesahkan penginapan lebih awal tetapi tempahannya dibatalkan dengan harganya secara tiba-tiba melambung.

“Ia menjadi mimpi ngeri,” katanya. “Saya sudah melaporkan kepada rangkaian media sosial dan ada wartawan Ukraine menghubungi saya kerana ia memberikan imej buruk terhadap bandar dan negara itu.

“Orang mula mencipta kumpulan Facebook yang menawarkan kediaman mereka di Kiev secara percuma dan ia berjalan dengan baik, ia benar-benar wujud.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN