Penyokong Pulau Pinang protes di Kuala Terengganu selepas aksi perlawanan diantara T-Team dengan pasukan Harimau Kumbang tersebut di Kuala Terengganu.
Dalam perlawanan itu, Pulau Pinang tewas 1-0 di tangan pasukan yang juga bergelut di tangga terbawah liga iaitu T-Team.
3 kali dah!
Penyokong Pulau Pinang berhak untuk berasa kecewa dan berduka dengan prestasi pasukan.
Sudahlah kalah 3 kali, duduk di tangga terbawah pula tu! Lebih perit, mereka satu-satunya pasukan yang tidak berjaya mengutip sebarang mata di dalam Liga Super selepas 3 perlawanan.
Lebih malang, mereka merupakan pasukan yang langsung belum menjaringkan gol setakat ini. Berikut adalah rekod mereka setakat ini:
- Selangor lawan PULAU PINANG (tewas 2-0)
- PULAU PINANG lawan Perak (tewas 0-1)
- T-Team lawan Pulau Pinang (tewas 1-0)
Pada yang betul-betul ikut akan perkembangan bola sepak Pulau Pinang, mereka tidaklah bermain dengan teruk. Ia cumalah mereka tidak mempunyai nasib untuk menang.
Faktor nasib ini merupakan faktor kecil sahaja dalam bola sepak. Walaupun kecil, namun ia tetap boleh memisahkan sesebuah pasukan dengan 3 mata dengan 1 mata, memperoleh kejuaraan liga atau menjadi naib johan.
Hasil dari pemerhatian penulisan, skuad kendalian Ashley Westwood ini sebenarnya bermain dengan baik. Mereka menguasai perlawanan dengan penguasaan bola, mencipta peluang menjaringkan gol serta melakukan percubaan.
Cuma apa yang kurangnya mereka dengan pasukan lain adalah, mereka tidak mengambil peluang yang mereka ada tetapi pasukan lain menggunakan peluang mereka untuk mendapatkan gol.
Sebagai contoh, ketika perlawanan menentang Selangor. Pulau Pinang menguasai permainan dengan baik, mereka berjaya mendapatkan banyak peluang termasuklah 2 percubaan dari Faiz Subri menerusi sepakan percuma.
Namun begitu, pasukan Selangor nyata menggunakan peluang mereka untuk memperoleh jaringan gol menerusi peluang yang mereka ada yang jumlah lebih sedikit berbanding Pulau Pinang.
Begitu juga dengan T-Team, mereka hanya muncul dalam perlawanan menentang Pulau Pinang pada 30 minit terakhir perlawanan. Sebelum itu, perlawanan dikuasai dengan baik oleh Pulau Pinang.
Namun sekali lagi, isu yang sama. Mereka gagal menggunakan peluang yang ada dan akhirnya membiarkan T-Team menjaringkan gol kemenangan.
Protes
Penyokong Pulau Pinang berhak untuk kecewa dan meluahkan perasaan mereka. Dan menurut laporan Arena Harimau Malaysia, penyokong-penyokong Pulau Pinang melakukan protes.
Mereka nyata kecewa menjadi satu-satu pasukan yang tidak mendapat sebarang mata dalam saingan liga setakat ini. Dan bagi mereka, pengurusan pasukan perlu dipersalahkan.
Mereka rasakan pihak pengurusan telah membunuh pasukan serta menjadi “perosak pasukan” kepada pasukan mereka.
“Berundur lah jika hampa sayangkan bolasepak negeri Pulau Pinang.” Itu kata-kata yang diluahkan oleh penyokong Pulau Pinang.
Bagi kami, Ashley Westwood perlu diberi peluang kerana beliau masih lagi mentah dalam bola sepak Malaysia. Kami yakin beliau mampu memberikan kejayaan kepada pasukan Pulau Pinang.
Tetapi seandainya pengurusan pasukan benar “merosakkan pasukan” seperti yang dikatakan oleh penyokong, maka berundurlah.
Baca juga: Chelsea & Inter Milan Sedia Dapatkan Khidmat Sergio Kun Aguero