Ini perangai yang sangat memalukan.
Akhbar Sepanyol, AS semalam melaporkan kejadian memalukan itu apabila sekumpulan penyokong PSV Eindhoven membaling duit syiling ke tanah untuk dikutip oleh peminta sedekah di Plaza Mayor yang terletak di bandar Madrid.
AS: Travelling PSV fans humiliate beggars in Madrid by throwing coins & cheering as they scramble to pick them. #UCL pic.twitter.com/G6Dy70cbC9
— M•A•J (@UItraSuristic) March 15, 2016
Semuanya bermula apabila sekumpulan wanita peminta sedekah menghampiri kumpulan penyokong kelab Belanda itu.
Ketika itu, penyokong PSV sedang menunggu perlawanan Champions League antara pasukan mereka dengan Atletico Madrid awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Apa yang lebih memalukan, ada sekumpulan penyokong PSV di media sosial mempertahankan tindakan tersebut atas alasan ‘orang Gipsi memang layak diperlakukan sebegitu’.
Selain itu, penyokong PSV juga bertanggungjawab meninggalkan Plaza Mayor dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah.
Siapa orang Gipsi?
Untuk pengetahuan anda, orang Gipsi adalah kumpulan minoriti pendatang Eropah yang berasal utara India. Mereka berhijrah dari utara India ke Eropah seawal abad ke-14.
Bagaimanapun orang Eropah memanggil mereka ‘orang Gipsi‘ kerana menyangka mereka berasal dari Mesir.
Di Eropah, orang Gipsi dikaitkan dengan kemiskinan. Disebabkan itu, mereka sering dilihat meminta sedekah di bandar-bandar besar Eropah dan ada juga yang beralih kepada jenayah untuk menyara hidup keluarga mereka.
Disebabkan penglibatan mereka dalam kegiatan meminta sedekah dan jenayah, orang Gipsi sering dipandang jelik oleh orang Eropah terutamanya di Itali dan Belanda.
Dikecam Bojan
Berita kelakuan penyokong PSV itu juga mendapat kecaman dari orang ramai yang menuduh penyokong PSV bersikap racist. Termasuklah penyerang Stoke City, Bojan.
Dalam tweet yang ditulisnya, Bojan memanggil penyokong PSV tersebut sebagai ‘bukan peminat bola sepak yang sebenar’.
This sort of behaviour is shameful and doesn't represent the true football fan or those of us who love the game. https://t.co/w8w7hPrnRc
— Bojan Krkic (@BoKrkic) March 15, 2016
Dalam perlawanan tersebut, Atletico Madrid mara ke pusingan suku akhir Champions League.
Mereka menewaskan PSV 8-7 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 secara agregat.
Baca juga: Ajax Amsterdam Tutup Kawasan Tempat Duduk Penyokong Lawan, Beri Mereka VIP Box Terus