Portuguesa tewas 0-3 di halaman sendiri dalam aksi menentang Oeste dalam Liga Divisyen 2 Brazil. Mereka hanya menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir mereka.
Penyokong mereka marah dengan aksi longlai pasukan tersebut. Lebih memarakkan kemarahan mereka apabila penyokong mendapat tahu para pemain itu sudah menempah pizza untuk santapan selepas perlawanan.
Pizza adalah makanan yang seharusnya dielakkan oleh pemain bola sepak profesional. Ada beberapa penyokong yang sudah lama tahu tabiat buruk pemain mereka itu, nekad untuk merampas pizza daripada penghantar pizza.
Ketika motosikal menghampiri stadium penyokong telah merampas pizza-pizza itu dan mereka membayar $300 ataupun sektar RM1,170.00 kepada budak penghantar pizza itu. Ia tanda protes kekalahan 3-0 di tangan Oeste.
Mereka telah mengambil pizza itu dan memberikan 10 piza kepada staf stadium. 6 lagi kepada penyokong yang hadir.
Penyokong berpuas hati dapat lepas geram ke atas pemain-pemain mereka. Seorang penyokong mereka berkata kepada wartawan:
“Padan muka, itu hebat sekali. Tidak memberikan apa-apa keputusan di dalam padang, masih ada nafsu untuk makan (besar)?”
Budaya makan piza ini sudah sebati dengan beberapa pemain di Liga Divisyen 2 di Brazil. Agak sukar mengawal mereka kerana kesedaran untuknya sangat kurang.
Lagipun memang ramai pemain Brazil yang profesional sendiri terlalu selesa dengan bakat semulajadi dan tidak memikrkan soal menjaga prestasi dengan perkara-perkara berkaitan Sains Sukan dan pemakanan.
Semoga tiada insiden seperti ini berlaku di Malaysia. Rasanya pemain-pemain kita tahu akan tabiat pemakanan yang sihat berdasarkan garis panduan disediakan staf nutrisi pasukan masing-masing. Tak begitu?