Gara-gara tidak puas hati dan kecewa dengan prestasi semasa pasukan mereka, sekumpulan penyokong kelab Brazil, Portuguesa menceroboh sesi latihan pasukan dan mencabar pemain-pemain mereka untuk bermain bola sepak dengan mereka.
Sebanyak 15 penyokong Portuguesa menceroboh sesi latihan pasukan mereka setelah mendapat bantuan akses daripada wartawan tempatan.
Dengan memakai hidung badut berwarna merah dan jersi yang seragam, mereka mencabar pemain-pemain untuk mengalahkan mereka dalam satu perlawanan persahabatan.
PROTESTO
Torcida organizada da Portuguesa protestou hoje exigindo um amistoso contra o elenco atual da Lusapic.twitter.com/gzcwuYWbkc
— HTE Sports (@HTE__Sports) March 25, 2016
Sesi latihan pasukan tergendala sementara lantaran gangguan 15 penyokong ini dan hanya bersambung kembali selepas pemain-pemain memujuk mereka untuk meninggalkan padang latihan mereka.
Portuguesa kemudiannya menulis kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut di laman web mereka:
“Pihak pengurusan kelab memahami kekecewaan penyokong, tetapi menolak rasional tindakan sekumpulan penyokong yang mengacau suasana profesional di kelab.”
“Apa yang lebih teruk adalah tindakan seorang wartawan yang tidak mendapat kreditasi daripada Portuguesa, yang membantu penyokong-penyokong ini menceroboh masuk ke dalam kawasan yang dilarang untuk orang awam.”
“Kelab akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak yang terlibat dalam insiden ini.”
Insiden ini mengingatkan kami kepada peristiwa sekumpulan penyokong Selangor yang menceroboh masuk sesi latihan pasukan mereka dan menegur pemain-pemain mereka. Kejadian itu berlaku berikutan persembahan buruk Selangor semasa kempen Piala Malaysia 2014.