Penyokong Persija Jakarta Bangga Walau Aib Di Tangan Selangor

Penyokong Persija Jakarta nampaknya langsung tidak ralat walaupun pasukan kesayangan mereka tewas pada aksi terakhir dalam saingan RCTI Premium Sports kepada Selangor semalam.

Beraksi di laman sendiri iaitu Jakarta International Stadium (JIS), ianya bukan suatu kelebihan buat Persija untuk mencipta kemenangan pada aksi terakhir itu apabila pasukan tersebut tewas 0-1 kepada The Red Giants.

Jaringan tunggal daripada Alvin Fortes di separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan wakil Malaysia itu meraih gelaran juara pada pada saingan berkenaan bagi mengatasi Persija.

Walaupun tewas, rata-rata penyokong Persija tidak kecewa kerana pasukan itu menurunkan hampir semua pemain simpanan serta tonggak muda demi memberi pendedahan kepada mereka.

Apa tidaknya, pengendali kelab itu langsung tidak menyenaraikan tonggak import serta ramai pemain senior seperti Riko Simajuntak, Hansamu Yama, serta ramai kini dipanggil bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Maka, kekalahan 0-1 itu dianggap tidak menyakitkan malah mereka berbangga kerana dapat memberi persaingan buat Selangor yang menurunkan ramai barisan tonggak senior serta import.

Malah kapten pasukan tersebut yang beraksi di posisi pertahanan iaitu Firza Andika juga baru berusia 25 tahun selain rata-rata pemain lain masih muda.

“Menurut ku Persija muda umpan one two touch , individu ,kerjasama team secara komunikasi berjalan dengan baik dan ketenangan pun bagus. Finishing ajah perlu dibenahi semua perlu proses panjang. Semoga kedepannya bisa lebih baik juga kompak untuk Persija muda. Karena kegagalan bukanlah akhir segalanya, tapi untuk istirahat bukan untuk berhenti. Tetep berjuang persija muda,” komen Ru Her di media sosial Facebook Persija.

“Menyala pemain mudaku, kalian luar bisa bisa bertanding melawan tim raksasa. Sebuah momentum mahal,” puji Ridwan Maulana pula.

“Cukup puas sih dengan hasil pertandingannya, walaupun kalah tapi pola permainan cukup bagus apalagi full lokal pemain muda, walaupun banyak orang menghina setidaknya persija sudah melakukan yang terbaik melawan tim utama Selangor fc, tim kebanggaan kalian belum tentu bisa menurunkan pemain muda seperti Persija,” jelas Ikbal Juliansyah Putra pula.

Tetap semangat, terbukti akademi Persija bagus bisa sampai final dan nahan pemain inti Selangor walaupun kalah 1-0. Kalian tetap keren, masa muda kalian baru akan dimulai dari sini,” ulas Sifaptrizskia.

Walaupun begitu, luahan tidak berpuas hati tetap muncul dalam segelintir penyokong tersebut kerana kekalahan tersebut dianggap telah mencemarkan nama bola sepak Indonesia kepada Malaysia.

Tak kurang juga ada yang turut mempertikaikan keputusan jurulatih kelab itu untuk menurunkan terlalu ramai pemain muda sehingga terjadinya kekalahan kepada Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN