Penyokong Perak Mengamuk, Tuduh ADUN Bota Salah Guna Kedudukan Beri Diskaun Jersi Kepada Pengundi

ADUN BOTA Perak Jersi

Ketika kebanyakan penyokong Perak menghadapi masalah untuk menyelesaikan pembelian jersi baharu Perak FC, ADUN Bota Khairul Shahril Mohamed telah dituduh menyalah gunakan kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah pasukan tersebut.

Dalam satu hantaran Khairul di Facebook, beliau telah menawarkan diskaun 20 peratus bagi pembelian 1,000 helai jersi musim 2021 khas kepada pengundi-pengundi Parlimen Parit meliputi DUN Bota dan DUN Belanja.

Kebanyakan komen mengatakan mereka sukar untuk akses ke laman web bagi pembelian jersi keluarga Kaki Jersi (KJ) tersebut terutamanya bagi mereka yang mahu mendapatkan kotak khas.

Komen-komen penyokong Perak FC
Komen-komen penyokong Perak FC

Tindakan Khairul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri tersebut jelas tidak profesional kerana membenarkan sebahagian penyokong menggunakan ‘pintu belakang’ bagi mendapatkan jersi keluaran pertama.

Malah apa ertinya ‘penswastaan’ sekiranya beliau selaku pemimpin kerajaan negeri boleh menggunakan kedudukannya dalam pasukan untuk melakukan perkara sedemikian?

Sekiranya beliau mengatakan jumlah diskaun 20 peratus tersebut ditampung menggunakan wangnya sendiri, namun dengan mendapatkan 1,000 helai jersi tersebut di luar prosedur biasa sudah dianggap satu perkara yang tidak boleh diterima.

Komen-komen penyokong Perak FC

Ada juga yang mengatakan perkara seperti inilah yang menjadi punca tiket perlawanan final sering ‘lesap’ tidak dijual di kaunter tiket walaupun penyokong setia telah beratur panjang dan kemudiannya diketahui ia diberikan kepada pengundi-pengundi di kawasan tertentu.

Perak FC sebelum ini juga teruk dikritik ekoran isu logo sehingga mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Baginda bertitah bahawa bola sepak merupakan sukan rakyat dan menasihatkan agar diadakan pertandingan mereka cipta logo baharu yang dibuka penyertaannya kepada seluruh rakyat negeri Perak.

Kredit Foto: Facebook Khairul Shahril Mohamed

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perak FC

TERKINI: Chong Yee Fatt Ganti Mehmed Durakovic Sebagai Jurulatih Perak

Apa Status Terkini Perak II Selepas Lantik Syamsul Saad?

‘Bola Sepak Adalah Sukan Rakyat’ – Teguran ‘Makan Dalam’ Sultan Nazrin Kepada Pengurusan Perak FC

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN