Penyokong Pengsan Berhimpit Membeli Tiket Final Piala Malaysia 2018

Isu jualan tiket perlawanan akhir yang melibatkan piala berprestij di Malaysia masih lagi berulang. Pagi tadi, difahamkan lebih 5,000 penyokong Terengganu FC membanjiri pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah (SSINS) untuk membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Perak Sabtu ini.

Lebih menyedihkan, penjualan tiket tidak berjalan dengan begitu lancar apabila 6 penyokong Terengganu FC didapati telah pengsan akibat bersesak ketika tengah beratur di kaunter tiket.

Penyokong Terengganu FC sudah berkampung di kaunter tiket sejak semalam lagi.

Keadaan di hadapan kaunter tiket sememangnya menjadi tidak terkawal kerana para penyokong sudah lama tidak menyaksikan kelibat pasukan mereka di pentas final serta tidak mahu terlepas peluang membeli tiket yang hanya diperuntukkan sebanyak 2,000 keping.

Bercakap kepada Berita Harian, para penyokong Terengganu FC mengkritik sistem jualan tiket yang dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang hanya menyediakan 2,000 tiket sedangkan jumlah diperuntukkan untuk negeri 30,000 keping tiket.

“Saya sudah tempah van untuk ke Shah Alam tetapi dipulangkan semula wang tempahan itu oleh pemilik van kerana bimbang tiket tidak mencukupi.

“Kerana terlalu berharap untuk menyaksikan perlawanan akhir, saya sanggup datang ke kaunter seawal jam 6.30 pagi,” katanya salah seorang penyokong Terengganu, Mohd Othman Omar.

“Tujuh tahun saya menantikan kejayaan Terengganu ke pentas akhir tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ini dan harapan ke Shah Alam menjadi samar.

“Saya harap PBSNT lebih telus dalam penjualan tiket supaya semua peminat berpeluang mendapatkan tiket,” katanya.

Salah seorang penyokong yang pengsan dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lagi penyokong Terengganu FC, Khairul Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan PBSNT yang hanya membuka satu kaunter tiket sahaja.

“Apabila hanya satu kaunter dibuka dengan jumlah tiket terhad, risiko untuk berlakunya pergaduhan. Sepatutnya PBSNT memberi kemudahan kepada penyokong bukan menyusahkan,” katanya.

Syafiq Che Alias yang datang dari Kampung Gong Pak Maseh seawal jam 4 pagi mendakwa telah beratur di hadapan kaunter bermula jam 6 pagi.

“Lebih lima jam saya beratur tetapi akhirnya terpaksa mengalah kerana cuaca semakin panas.

“Seorang perempuan berusia 25 tahun yang berada di hadapan saya pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Difahamkan wanita itu beratur seawal jam 11 malam dan tidak sempat makan menyebabkan dia pengsan,” katanya.

Syafiq berkata, penjualan tiket kali ini paling teruk dalam sejarah.

“Biasanya yang datang awal terpaksa mengalah dan keluar barisan kerana sudah tidak mampu bertahan. Sepatutnya penjualan tiket dipermudahkan supaya semua peminat berpeluang membelinya.

“Pagar dan tahap kawalan juga tidak disediakan menyebabkan orang ramai beratur tanpa disiplin,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN