Penyokong Penang Kata Tomas Trucha Lebih ‘Ceroi’ Berbanding Ashley Westwood

Tomas Trucha Ashley Westwood 'ceroi' 2022

Selepas lima perlawanan, Penang FC yang dikendalikan Tomas Trucha belum meraih kemenangan dengan tiga keputusan seri dilakar dan para penyokong sudah hilang sabar dengan keputusan ‘ceroi’ mereka saat ini.

Berada di kedudukan ke-10 dengan tiga mata, mereka berpotensi untuk dipintas sekali lagi dan kali ini giliran Sri Pahang pula boleh melakukannya selepas hanya meraih satu mata dalam tiga perlawanan. Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada malam ini dengan kedua-dua pasukan sedang dalam pemburuan tiga mata pertama.

Berdasarkan keputusan liga musim lalu, dalam dua pertembungan, Penang menang kedua-duanya dengan keputusan 3-0 dan 2-1. Namun, di Piala Malaysia, Sri Pahang berpesta gol ke atas Penang dengan dua kemenangan besar, 5-0 dan 4-0. Piala Malaysia adalah saat bermulanya kejatuhan Penang sehingga kini.

Itu yang membuatkan penyokong kian hilang sabar dengan apa yang dilalui pasukan mereka ketika ini. Menurut satu perkongsian di laman Facebook, Penang Brotherhood, Tomas Trucha lebih teruk berbanding Ashley Westwood, bekas pengendali Harimau Kumbang yang membawa mereka turun ke saingan Liga Premier 2018.

Walaupun jodohnya bersama Penang hanya sehingga lapan perlawanan, kesan buruknya membawa sehingga ke penghujung musim. Lapan perlawanan tanpa kemenangan dan hanya memungut dua mata adalah satu prestasi terburuk mereka. Tidak mudah buat pengganti, Zainal Abidin Hassan untuk kembalikan roh mereka.

Ashley Westwood dipecat pada 19 Mac dan Zainal Abidin Hassan dilantik untuk mengendalikan pasukan.

Mengapa mereka katakan Tomas Trucha lebih teruk berbanding Ashley Westwood? Ini kerana pada musim 2017, Penang melalui masalah tunggakan gaji tidak seperti sekarang, pasukan berada dalam kedudukan kewangan yang stabil. Tomas Trucha memiliki barisan pemain muda, tidak seperti mana Ashley Westwood.

“[Tomas] Trucha bakal menyamai rekod [Ashley] Westwood?

“Ya, Klop celup ini bakal menyamai rekod Westwood yang tiada kemenangan selepas 6 perlawanan cumanya Westwood melingkup teruih sebab pemain tua yang dia ada serta masalah kewangan.

“Tidakkah Klop celup lagi ‘ceroi’ saat team gaji dibayar elok serta variasi pemain muda?”

Facebook Penang Brotherhood

Mereka menjangkakan, satu lagi keputusan mengecewakan akan diraih pada malam ini berdepan Sri Pahang walaupun lawan mereka juga mengalami masalah prestasi ketika di bawah kendalian Christophe Gamel.

Pemilihan pemain juga dipersoalkan Penang Brotherhood terutamanya pemain bek kanan diturunkan sebagai bek kiri di saat pasukan bermasalah di bek kanan. Seperti yang Semuanya BOLA tekankan sebelum ini, Penang terpaksa meletakkan bek tengah import sebagai bek kanan disebabkan kehilangan kualiti Quentin Cheng.

Tetapi, jika diamati, Fairuz Zakaria, pemain yang kembali ke Penang selepas semusim di Kedah Darul Aman adalah seorang bek kanan sebelum berhijrah ke Sang Kenari musim lalu. Ini yang dipersoalkan para penyokong.

Ini yang segelintir penyokong Penang katakan yang Tomas Trucha lebih ‘ceroi’ berbanding Ashley Westwood.

Adakah keputusan pada malam ini bakal jadi penentu nasib kepada dua pengendali tersebut? Walau apa pun keputusan, penyokong Penang mungkin tetap akan meminta untuk Tomas Trucha ‘direhatkan’. Tetapi, siapa pula yang akan mengambil alih pasukan ketika Manzoor Azwira belum tamatkan kursus AFC Pro Diploma?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN