Penyokong NY Red Bulls Mengutuk Lampard Dan Pirlo Dengan Kain Rentang Ini

Ahad lepas, New York Red Bulls menjadi tuan rumah kepada New York City FC (NYCFC) dalam derby Hudson River. Sebagai tuan rumah dalam perlawanan derby, penyokong New York Red Bulls memberikan layanan ‘istimewa’ kepada penyokong NYCFC.

Sebuah kain rentang yang menggelar NYCFC sebagai ‘rumah orang-orang tua’ (retirement home) digantung di Red Bull Arena, dengan imej Frank Lampard (37) dan Andrea Pirlo (36) bertongkat.

rbnybanner

Ketika dalam perlawanan, David Villa nyata tidak mengambil mudah provokasi penyokong New York Red Bulls terhadap Lampard dan Pirlo apabila terlibat dalam insiden mengoyakkan seluar pemain New York Red Bulls, Felipe Martins.

villa1-650x267

Bagaimanapun, tindakan Villa masih tidak dapat menyembunyikan persembahan buruknya ketika NYCFC mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam derby New York.

Pirlo turut mengecewakan apabila mensia-siakan 4 hantaran pertamanya dalam perlawanan dan kerap kali dirampas bola oleh pemain tengah Red Bulls.

Dalam perlawanan Ahad lepas, New York Red Bulls menang 2-0 hasil jaringan Bradley Wright-Phillips dan Felipe Martin (yang mendapat seluar baru).

Sebelum perlawanan bermula, sekumpulan kecil penyokong Red Bulls dan NYCFC bergaduh di luar pub. Kejadian bermula apabila sekumpulan penyokong NYCFC singgah di Bello’s Pub and Grill, sebuah gastropub yang menjadi markas Garden State Ultras – salah satu divisyen kumpulan penyokong Red Bulls.

Ahli Garden State Ultras kemudiannya menghalau penyokong NYCFC sambil menjerit: “Who are ya?”

Penduduk New Jersey dan bekas penjaga gol New York Red Bulls, Tony Meola, menjelaskan kepada NY Post bahawa derby antara dua kelab ini mungkin baru terbentuk tetapi kebencian antara mereka bukan perkara main-main.

“Ada kebencian yang nyata antara dua penyokong kelab ini. Ini bukan cerita rekaan. Masa zaman saya main dahulu, saya ingat perkara ini hanya direka-reka untuk menghangatkan perlawanan.”

“Salah satu kawan baik saya adalah ketua polis di sini (New Jersey), dan dia berkata polis sudah menahan hampir 30 orang dalam insiden keganasan sebelum perlawanan. Ini (permusuhan) bukan perkara main-main.

Baca juga: PERMUSUHAN DUA PASUKAN (RIVALRY): PERLUKAH IA DIJADIKAN TRADISI ATAU DIJAUHI?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN