Ultras Napoli menaikkan kain rentang menyatakan bahawa ‘Maurizio Sarri Sebahagian Daripada Kami’.
Ini sebagai solidariti kepada kesulitan yang dihadapi pengurus tersebut di Chelsea. Ianya juga satu luahan perasaan oleh penyokong Napoli yang mahukan Maurizio Sarri kembali semula ke kelab tersebut.
Maurizio Sarri menjadi watak popular di kalangan penyokong Napoli kerana hasil kerja beliau yang menjadikan kelab itu sebagai salah sebuah pasukan digeruni di Itali serta memiliki corak permainan yang menarik.
Namun di Chelsea, Sarri kerapkali dikritik oleh penyokong Chelsea kerana isu tidak konsisten dan pemilihan skuad yang dianggap tidak memuaskan. Sarri juga berhadapan tekanan untuk memastikan Chelsea berjaya layak ke UCL musim hadapan.
Di Itali, Napoli berada di tangga ke-2 dengan jarak 20 mata daripada juara bertahan Juventus. Penyokong Napoli juga sudah tidak begitu percayakan Carlo Ancelotti.
Ia ditambah dengan kekalahan di tangan Atalanta pada Isnin lalu – walaupun Napoli terlebih dahulu mendahului.
Namun di media sosial, para penyokong Chelsea ‘troll’ penyokong Napoli dan sanggup membiayai tiket penerbangan jika penyokong Napoli berjaya mendesak Sarri untuk kembali semua.
Ada juga penyokong Chelsea merasakan pertukaran terus antara 2 pengurus merupakan idea yang baik. Ancelotti kembali semula ke Stamford Bridge dan Sarri ke arah bertentangan.
Sarri memulakan musim debut di EPL dengan cemerlang. Menjadi pengurus pertama yang tidak kalah dalam 12 perlawanan EPL pertama sebagai pengurus.
Namun selepas Chelsea semakin jauh daripada kejuaraan EPL, para penyokong mulai mendesak agar Sarri dipecat. Beberapa keputusan yang dianggap memalukan juga dicatatkan oleh Chelsea pada musim ini di bawah kendalian Maurizio Sarri.
Pada perlawanan lalu, Chelsea diikat 2-2 oleh Burnley.