Penolong pengurus skuad Manchester United, Steve McClaren dilaporkan terpaksa merayu kepada para pemain supaya menghargai penyokong yang hadir ke stadium.
Beliau terpaksa melakukan hal tersebut selepas melihat segelintir pemain memilih untuk mengabaikan saja para penyokong yang ada di stadium.
Mungkin kerana kecewa tewas 1-0 di tangan Newcastle, para pemain meluahkan kekecewaan mereka dengan mengabaikan penyokong yang datang dari jauh untuk menyokong mereka.
🚨 Steve McClaren had to wait at the top of the tunnel to tell some #mufc players to turn around and applaud the travelling fans. [@RobDawsonESPN]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) December 2, 2023
Gol jaringan Anthony Gordon pada aksi babak kedua dalam perlawanan yang dilangsungkan di St James Park itu sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Newcastle.
The Magpies juga dilihat benar-benar dominan sepanjang perlawanan tersebut dan tak mengejutkan sama sekali untuk melihat mereka pulang membawa tiga mata penuh.
Selepas mengharungi aksi dan perjalanan yang memenatkan ketika bertemu Galatasaray sebelum ini, skuad Man United dilihat terlalu longlai ketika bertemu Newcastle.
Skuad Man United juga turut berdepan masalah ketika mereka mahu berkunjung ke St James Park dengan penerbangan mereka dibatalkan akibat gangguan cuaca.
Masalah gangguan cuaca menyebabkan skuad Man United terpaksa menggunakan perkhidmatan kenderaan darat untuk ke stadium.
Not for the first time this season, Steve McClaren had to order Man Utd's players to applaud their own fans after a chastening defeat to Newcastlehttps://t.co/49QNGt4p74 pic.twitter.com/8LRjRtfJV2
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 3, 2023
Walau bagaimanapun, Man United jelas sekali tidak boleh menjadikan hal itu sebagai alasan kerana Newcastle sendiri juga turut bergelut dengan pelbagai masalah.
The Magpies berdepan krisis kecederaan yang agak teruk ketika aksi bertemu gergasi Ligue 1, PSG di pentas saingan Champions League.
Namun walau berdepan masalah tersebut, namun mereka tetap mampu pamer aksi cemerlang ketika bertemu Man United, seterusnya mencatat kemenangan.
Ia jelas sekali satu perlawanan yang mahu segera dilupakan oleh kem United termasuk para penyokong mereka yang sanggup meredah ratusan batu dalam cuaca dingin hanya untuk memberi sokongan kepada skuad.
Tidak mengejutkan sama sekali andai rata-rata dari mereka yang datang ke stadium itu merasa sangat kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut.
Apa yang menyedihkan penyokong lagi adalah ketika segelintir pemain dari skuad Red Devils dengan segera berjalan ke arah terowong dan tidak mempedulikan penyokong.
🚨 Steve McClaren had to wait at the top of the tunnel to tell some #mufc players to turn around and applaud the travelling fans. [@RobDawsonESPN]
— UtdPlug (@UtdPlug) December 2, 2023
The fact Steve McClaren had to force them to go over and acknowledge the away end is disgraceful.
— Keane (@United_Keane23) December 2, 2023
Wartawan ESPN, Rob Dawson memuat naik status di laman X untuk membahaskan hal tersebut dengan beliau sedih melihat Steve McClaren terpaksa memujuk pemain supaya hargai penyokong.
“Sedikit kecewa malam ini selepas Steve McClaren terpaksa menunggu di hujung terowong untuk memberitahu segelintir pemain supaya pusing dan hargai penyokong.”
Tulis Dawson.
“Mereka meredah ratusan batu dalam cuaca dingin untuk menonton dan mereka tak dapat tepukan pun. Kelakar.”
Worst bit about tonight was that Steve McClaren had to wait at the top of the tunnel to tell some United players to turn around and applaud the fans. They've travelled hundreds of miles on a freezing day to watch that dross and they can't even get a clap. Joke.
— Rob Dawson (@RobDawsonESPN) December 2, 2023
Peminat di media sosial dengan segera memperdebatkan hal tersebut dengan mereka juga turut kecewa melihat mentaliti pemain yang tak menghargai peminat.
Para peminat menghamburkan pujian menggunung kepada Steve McClaren atas usaha beliau itu dan mereka juga turut menghentam para pemain serta pengurus kerana tidak pandai menghargai penyokong.
“Ten Hag masuk sini dan bercakap tentang mahu mengubah budaya, dan selepas 18 bulan mengurus hal itu, benda paling penting masih tidak dapat diselesaikan. Ia benda yang lebih nyata dari yang semua orang fikirkan. Ia membuktikan segalanya.”
“Mereka tak peduli. Mereka tak berfungsi di atas padang, dan mereka juga tak berguna di luar padang.”
“Mereka bukan hanya tak bermain demi kelab, tapi mereka juga tak bermain demi diri sendiri. Sudah tentu mereka juga langsung tak pedulikan kita sebagai peminat.”
“Yang saya nampak hanya Harry Maguire yang beri tepukan kepada penyokong lepas tamat perlawanan. Tak kira apa orang nak cakap tentang kemampuan dia atau kesesuaian dia bersama kelab untuk jangka panjang, tapi dia ada kelas yang tersendiri.”
Bekas bintang Manchester United, Paul Scholes turut mengkritik skuad kendalian Erik ten Hag itu atas aksi mereka ketika bertemu Newcastle.
Legenda kelab itu menganggap para pemain semuanya pemalas dan sampah atas apa yang mereka persembahkan.
Fair play to Steve McClaren but he shouldn’t have to do that. The players should do that off their own back because it’s the right thing to do. Fans spend their hard earned money to follow the team around the country & Europe. The least they deserve is some appreciation #MUFC https://t.co/tnDx0BLoX0
— Craig 🇮🇪 (@mrcraigmoore1) December 2, 2023
Ketika ditanya tentang persembahan skuad Red Devils, beliau menyatakan bahawa:
“Sampah. Mereka kelab bola sepak yang sangat sampah pada ketika ini.”
“Semua keputusan yang mereka catatkan sejak kebelakangan ini teruk. Terlalu ramai pemain yang malas dalam skuad mereka. Kamu tak boleh lari dari itu.”
“Pergi ke tempat ini, benda pertama kamu perlu lakukan adalah kerja keras. Kamu boleh lihat Newcastle benar-benar menikmati perlawanan ini dan saya kasihan dengan pemain full-back.”