Pada malam Selasa lalu, Marcus Rashford menghasilkan satu bantuan gol untuk Paul Pogba sekaligus membantu Manchester United menewaskan Burnley 1-0.
Kemenangan tersebut memastikan Manchester United memiliki kelebihan tiga mata ke atas Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris selepas 17 perlawanan.
A reminder… pic.twitter.com/l4XEmTogUu
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) January 13, 2021
Pada pagi Rabu pula, Marcus Rashford berbual melalui panggilan telefon dengan Perdana Menteri UK, Boris Johnson selepas mendapat tahu jenis bantuan makanan yang ‘tidak munasabah’ diedarkan kepada keluarga memerlukan di England.
Penyerang Manchester United itu telah melakukan banyak kerja menakjubkan untuk berbulan lamanya sejak pandemik menular dunia, dan berjaya dalam kempennya memastikan keluarga-keluarga memerlukan terus menerima makanan percuma untuk kanak-kanak di seluruh negara tatkala sekolah ditutup.
Just had a good conversation with the Prime Minister. He has assured me that he is committed to correcting the issue with the food hampers and that a full review of the supply chain is taking place. He agrees that images of hampers being shared on Twitter are unacceptable.
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) January 13, 2021
Selepas berbual dengan Johnson, Rashford sempat melakukan ciapan: “Baru selesai berbual dengan Perdana Menteri.
“Beliau memberi jaminan kerajaan komited untuk membetulkan isu ini dengan hamper makanan, dan semakan semula pengedaran makanan akan dikaji semula.
“Beliau bersetuju makanan yang diedarkan berdasarkan imej yang didedahkan adalah tidak munasabah.”
I totally agree with you @MarcusRashford, these food parcels do not meet the standards we set out and we have made it clear to the company involved that this is disgraceful. The company concerned has rightly apologised and agreed to reimburse those affected. https://t.co/tVCVhUouRa
— Boris Johnson (@BorisJohnson) January 13, 2021
Johnson dalam kenyataan berlainan turut memuji langkah Rashford menegur kerajaan, dan berpendapat penyerang antarabangsa England itu telah melakukan tugas yang lebih baik dari ketua pembangkang, Sir Keri Starmer.
Kelab mana pun yang anda sokong, tiada siapa pun boleh menafikan Rashford telah melakukan tugasan sebagai yang baik di luar padang sebagai ikon bola sepak. Apatah lagi pada ketika dan keadaan sukar sedang melanda seluruh dunia pada hari ini.
Tidak terkecuali menghargai usaha oleh Rashford ialah penyokong Liverpool. Di sebalik perseteruan kedua-dua kelab, segelintir penyokong Liverpool mecadangkan agar satu banner penghargaan disediakan di Anfield untuk perlawanan pada Sabtu ini.
Lverpool akan menyambut pendahulu liga itu untuk pertembungan dua kelab teratas, dan beberapa penyokong Liverpool membincangkan idea tersebut untuk dilaksanakan di media sosial.
Salah seorang daripada mereka berkata: “Adakah terdapat mana-mana kumpulan penyokong bercadang untuk menyediakan banner di The Kop sebaga penghargaan untuk Rashford? Kelaparan tidak mengenal warna kulit. Terima kasih, Marcus.”
Namun tidak semua penyokong Liverpool bersetuju dengan idea murni tersebut.
Berdasarkan komen lebih ramai yang bersetuju, dan mungkin mereka yang tidak bersetuju itu terdiri daripada penyokong setia garis keras.
Ia bukan perkara menghairankan mengambil kira perseteruan kedua-dua kelab yang berlumba-lumba menjadi jaguh England. Perseteruan kedua-dua kelab turut dirasai di kalangan peminat-peminat kedua-dua kelab di Malaysia.
Buat masa ini beluma ada pengesahan sama ada banner penghargaan untuk Rashford akan berkibar di Anfield.
Berkibar atau tidak banner itu di Anfield pada hujung minggu ini, bola sepak sememangnya sudah tabik dengan pekerjaan yang dilakukan oleh Marcus Rashford di luar padang.