Leeds United baru mengumumkan jelajah pra musim mereka ke Myanmar pada pra musim akan datang. Ia sekaligus mendapat kecaman ramai penyokong Leeds Unied.
Mereka menganggap kelab mereka baru sahaja membuat pengumuman ‘horror pre-season’.
Kecaman adalah atas dasar risiko keselamatan dan kecaman ke atas Myanmar yang sedang melakukan pembersihan etnik Rohingya-Muslim.
Ada yang bertanya, adakah kesemua lembaga pengarah dan yang berada di pejabat pengurusan Leeds tidak pernah membaca berita bahawa Myanmar adalah wilayah yang sedang bergolak.
https://twitter.com/jwilloughby26/status/988695133309648896
Leeds United merancang untuk berhadapan dengan MNL All Star dan pasukan kebangsaan Myamar pada Mei akan datang.
Penyokong Leeds meminta kelab mengkaji balik pra musim tersebut. Ini kerana Myanmar masih dibelenggu dengan masalah keganasan oleh tentera ke atas etnik Rohingya.
Penyokong Leeds juga lantang mengutuk Myanmar sebagai melakukan pembersihan etnik Rohingya-Muslim di negara tersebut. Mereka berharap kelab mereka tidak ke Myanmar buat masa ini.
Bulan lalu sahaja, Al Jazeera melaporkan seramai 6,700 nyawa melayang dalam operasi tersebut.
No concerns about the ethnic cleansing going on in Myanmar at the moment, no?
— Jive Miguel (@mikeemotions) April 24, 2018
Leeds United pula mengumumkan akan ke Myanmar, selain daripada untuk bermain perlawanan persahabatan pra musim, mereka mahu membuka klnik bola sepak di sana.
Pengarah kelab Leeds United, Angus Kinner dalam kenyataan beliau berkata:
“Myanmar adalah negara yang sangat pesat membangun di Asia Tenggara dan sangat bersemangat tentang bola sepak. Mereka ada impian besar untuk peringkat akar umbi dan pembangunan bola sepak elit. Dan kami berbesar hati untuk menyokong mereka.”
“Jelajah ini juga membolehkan kami bertemu dengan peminat baru kami dan berharap mereka akan menyokong kami dalam usaha kami mahu kembali semula ke EPL.”
Penyokong Leeds mengecam Kinner yang langsung tidak peka dengan keadaan semasa di sana.
https://twitter.com/SupremeJansson/status/988692469989695488
Ada yang malu menjadi penyokong Leeds United kerana kelab itu pergi ke negara yang terang-terang melakukan pembersihan etnik.
https://twitter.com/LeedsMJ84/status/988699129713971200
Mereka juga memberikan peringatan sesama penyokong tentang apa yang berlaku di Myanmar.
https://twitter.com/LeedsFanz/status/988538861285527552
Satu maklumat di England mendedahkan pra musim ini ditaja oleh beberapa buah bank di Myanmar. Ianya hasil daripada usaha Presiden FA Myanmar yang sangat minat dengan EPL. Beliau dilaporkan sangat kaya dengan memiliki beberapa perusahaan di Myanmar dan di sekitar Asia.