Penyokong Kelantan Sudah Tawar Hati Dengan KAFA

Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan Kelantan sejak dibimbing oleh jurulatih baharu dari Syria, Fajr Ibrahim.

Terbaharu, mereka tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan yang menyaksikan kedudukan Kelantan dalam Liga Super kini dalam bahaya dan berpeluang tersingkir ke saingan divisyen 2 musim depan.

Situasi itu mengundang rasa kecewa dalam kalangan penyokong setia The Red Warriors dan mereka sudah mula hilang keyakinan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Presiden TRW Kota Bharu (TRWKB), Mohd Zainy Zain berkata kepada Berita Harian, pandangan dan nasihat mengenai prestasi semasa skuad oleh penyokong sudah disalurkan namun belum ada tindakan susulan dilakukan pihak pengurusan pasukan.

“Penyokong kini amat kecewa dengan prestasi hambar sejak berlaku pembentukan baru pasukan kerana perancangan terbabit tidak dilihat memberi perkembangan baik kepada prestasi setakat ini.

“Beberapa kekalahan dilihat jelas membuktikan Kelantan masih belum dapat bersaing dengan pasukan dalam Liga Super susulan masih banyak kelemahan.

“Sebagai penyokong kami menerima dari sudut positif pandangan pengurusan serta kejurulatihan yang mahu mengangkat pemain muda ke satu tahap lebih tinggi namun tindakan itu perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan memikirkan mengenai saingan yang sudah di pertengahan musim.

“Visi dan misi pengurusan perlu selari dengan setiap perbuatan dan tindakan kerana ia boleh menjejaskan imej pasukan jika tidak ditangani dengan betul.

“Seperti contoh isu melepaskan beberapa pemain dan yang dibawa masuk musim ini tetapi dilepaskan dengan alasan remeh boleh menjejaskan pandangan baik terhadap pasukan.

“Sebenarnya isu sebegini sedikit sebanyak menyebabkan prestasi pasukan terumbang-ambing kerana kemasukan pemain yang dibawa tidak mengira keperluan sebenar.

“Sebagai penyokong kami hanya harapkan Kelantan terus dapat bersaing dalam Liga Super kerana penyokong boleh memahami jika ada kekurangan pada pasukan namun pengurusan pula perlu bertindak bijak dalam mengurus dan jangan terus menambah kekurangan yang ada,” katanya.

Kelantan
Kelantan kini dibarisi oleh pemain muda selepas penyingkiran beberapa pemain berpengalaman. FOTO: KAFA

Sementara itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan mendedahkan ada pihak cuba menjatuhkan pasukan Kelantan secara senyap-senyap.

“Sebenarnya bola sepak Kelantan dijatuhkan oleh orang-orang yang tidak mahu melihat KAFA dipulihkan, banyak pemain disingkirkan disebabkan oleh campur tangan pihak luar yang hanya mahu lihat kami hancur.

“(Orang) itu bukan orang lain, saya tidak mahu menuduh tetapi saya banyak menerima kiriman WhatsApp dari beberapa individu yang rela datang jumpa dan tunjukkan kepada saya apa yang sedang berlaku di sebalik semua ini,” katanya dalam kenyataan balas di akaun Facebook peribadinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN