Penyokong Kelantan Mahu Bibi Ramjani Letak Jawatan Sebagai Presiden KAFA

Bagi mengelakkan pasukan Kelantan terus ditimpa pelbagai masalah dan kontroversi sehingga menjejaskan nama baik pasukan itu, beberapa kelab penyokong desak Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) iaitu Bibi Ramjani Illias Khan meletakkan jawatan dengan segera.

Menurut Utusan Malaysia, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors KLIA Rozaki Abd. Kadir berkata, KAFA memerlukan Presiden baharu bagi memulihkan maruah pasukan itu selepas merakam kekalahan terburuk 2-5 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

“Sebagai peminat, kami sudah muak dan loya dengan kontroversi yang terlalu banyak membelenggu sehingga memberi imej buruk kepada badan induk itu.

“Sejak beliau memegang tampuk kepimpinan, KAFA dipalit dengan pelbagai masalah bermula dengan isu kegagalan membawa masuk tiga syarikat multinasional, ambil dan gugur pemain secara besar-besaran, isu jurulatih (Fajr Ibrahim) dan banyak lagi,” katanya.

FOTO: Kelantan FA

Timbalan Presiden The Red Warriors City Club (TRWCC), Rumaizi Ismail turut mahu semua pihak yang mempunyai kaitan dengan KAFA perlu bersatu-padu untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu persatuan tersebut termasuk Exco.

Katanya, Exco sepatutnya memainkan peranan dengan mencari jalan untuk membantu memulihkan semula pasukan.

“Sebagai penyokong kami amat berharap agar tiada campur tangan daripada individu yang tidak mempunyai hubung kait dengan KAFA.

“Ini kerana ia hanya akan memberi impak lebih buruk kepada pasukan dan perkara itu telah terbukti sekarang,” ujarnya.

Beberapa hari lepas, Malaysia Football League (MFL) menjatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain baharu terhadap pasukan Kelantan bagi menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini.

Malah, MFL turut mengumumkan tujuh pasukan Liga Malaysia termasuk Kelantan dikenakan tindakan pemotongan 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 susulan kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember lalu.

Selain Kelantan, pasukan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula 2 Mei depan kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN