Aksi pramusim Kedah Darul Aman (Kedah) di Turkiye tampak semakin membuahkan hasil walaupun pasukan tersebut masih lagi kemarau untuk mendapatkan kemenangan sulung.
Daripada tiga siri perlawanan di sana, Kedah masih lagi belum mencatat kemenangan atau mengikat seri, namun peningkatan positif mula dipamerkan para pemain kini.
📷 Sorotan foto perlawanan petang ini di Limak Arcadia Sports Center.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | KDA FC 1 – 2 FC Maktaaral
⚽ 2' FC Maktaaral
⚽ 73' Lee Tuck – KDA FC
⚽ 75' FC Maktaaral pic.twitter.com/pS9KidAjhH— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 12, 2023
Terbaharu, Kedah mencatat keputusan tewas di tangan wakil kelab dari Kazakhstan iaitu FC Maktaaral dengan keputusan penuh 1-2 di Limak Arcadia Sports Center.
Walaupun ketinggalan pada awal perlawanan di minit kedua, pemain tengah baharu Kedah iaitu Lee Tuck berjaya kembali menyamakan kedudukan sebelum pasukan lawan sekali lagi meledak gol pada minit ke-75.
Keputusan perlawanan kekal dengan tiada lagi sebarang gol terhasil daripada kedua pasukan, walaupun ada beberapa lagi peluang terbuka buat Kedah untuk menyamakan kedudukan.
Menerusi tinjauan dibuat menerusi Facebook rasmi Kedah, jelas para penyokong lebih berpuas hati dengan corak permainan pasukan mereka semalam berbanding sebelum ini.
Malah, ada yang menyatakan kesilapan-kesilapan mudah sahaja ketika ini perlu diperbaiki pasukan untuk aksi akan datang.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | KDA FC 1 – 2 FC Maktaaral
⚽ 73' Lee Tuck
⚽ 2' FC Maktaaral
⚽ 75' FC Maktaaral#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #preseason #turkiye pic.twitter.com/3TAbKoB4PI— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 12, 2023
“Memang best game malam ni, laju dan physical game. Boleh control permainan dengan baik, cuma perlu perbaiki kesilapan mudah sahaja,” Mahir Kedah.
“Puas hati game malam ni, control perlawanan dan gol pihak lawan pun hanya serangan balas. Cuma beza penyudah kita agak tumpul. Ada masa lagi nak perbetul sebelum game Liga Super,” jelas Mat Trojan di Facebook rasmi Kedah.
“Tiga kali berturut-turut tewas, tapi perlawanan ini nampak banyak peningkatan dah, keserasian dah nampak. Laju dah main, cuma…,” puji Syahid Caed.
Ianya merupakan sesuatu yang positif sebenarnya buat Kedah, kerana dalam tempoh beberapa bulan sejak Nafuzi Zain memegang tampuk kejurulatihan sudah ada perubahan dilakar dalam pasukan.
Tambahan pula lawan Kedah sepanjang pramusim di Turkiye ini mempunyai latar belakang yang lebih baik dan menjadi medan sesuai untuk Nafuzi terus mengesan kelemahan ada pada pemain bawah kendaliannya.
Menerusi beberapa kombinasi para pemain serta formasi yang sering berubah digunakan, jelas pengendali tersebut menggunakan segala peluang ada untuk menguji keserasian dan segala kesesuaian taktikal bagi dipadankan kepada para pemain.
SANG KENARI BERTOLAK KE TURKIYE HARI INI DALAM SIRI JELAJAH PRA-MUSIM DI EROPAH
SESI RAMAH MESRA & PELEPASAN SANG KENARI KE JELAJAH PRA-MUSIM KE ANTALYA, TURKIYE
1️⃣ 3.30 petang, Lapangan Terbang Sutan Abdul Halim, Kepala Batas
2️⃣ 9.30 malam, Lapangan Terbang Antarabangsa KL pic.twitter.com/rinEzgkNfa— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 5, 2023
Aksi terakhir mereka di Turkiye selepas ini menyaksikan perlawanan menentang wakil dari Ukraine iaitu FC Metalist Kharkiv pada 14 Februari sebelum mereka kembali pulang ke tanah air.