Penyokong Kedah Mahu Skuad Helang Merah Main Tiki-Taka

Laporan akhbar daripada Berita Harian mendedahkan 2 kelab Penyokong Kedah desak jurulatih pasukan itu, Ramon Marcote kembali kepada corak permainan tiki-taka seperti yang dipamerkan pada musim lalu.

Menurut laporan itu, dua kelab penyokong itu ialah Jaguh Utara Fan Club (JUFC) dan Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA).

Mereka beranggapan gaya permainan dari Sepanyol itu sebenarnya lebih sesuai dengan susuk fizikal pemain skuad Helang Merah.

“Sebenarnya apabila Marcote mengambil alih tugas ketua jurulatih, penyokong sangat mengharapkan beliau akan menambahkan lagi cita rasa tiki-taka dalam pasukan kerana beliau sendiri datang dari Sepanyol.

“Tapi apa yang dipertontonkan dalam tiga perlawanan setakat ini sangat memeranjatkan apabila beliau mengubah keseluruhan corak permainan sehingga kami merasakan pasukan yang sedang beraksi itu bukan Kedah.

“Kami amat merindui corak permainan tiki-taka. Ia bukan sahaja menghiburkan malah terbukti sangat berkesan sehingga membawa Kedah menjuarai Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih,” kata Presiden JUFC, Mohd Safarizal Mohd Sobri seperti dipetik dalam Berita Harian.

Pasukan Kedah giat menjalani latihan dan membuat persiapan rapi dibawah kendalian Ramon Markote. FOTO: Kedah FA

Presiden KEPDA, Nor Asmadi Hamzah pula menyifatkan corak hantaran jauh tidak sesuai dengan skuad Helang Merah kerana mudah dibaca oleh pihak lawan.

“Corak permainan hantaran jauh yang dipraktikkan oleh Kedah sekarang tidak menjadi kerana ia mudah dibaca serta dipatahkan lawan.

“Pemain juga tampak sukar menyesuaikan diri dengan corak baharu yang diaplikasikan Marcote kerana sejak beberapa musim lalu mereka sudah serasi dengan gaya tiki-taka.

“Ia antara sebab mengapa Kedah kalah kepada JDT (Johor Darul Ta’zim) dan Perak serta hanya menang tipis (1-0) ke atas PKNP. Situasi ini sangat merisaukan penyokong.

“Sepatutnya, Marcote mengekalkan corak permainan yang sudah menjadi identiti Kedah, malah lebih bagus jika dipertingkatkan kerana perubahan drastik sebegini hanya merosakkan pasukan.

“Begitupun masih belum terlambat untuk Marcote memperbaiki kelemahan ini. Kami berharap beliau akan kembali kepada corak permainan tiki-taka yang menjadi senjata Kedah selama ini,” katanya.

Pasukan Kedah akan menentang pendahulu Liga Super ketika ini, PKNS FC pada 23 Februari ini (Jumaat).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN