Penyokong Kedah Mahu KFA Jelaskan Perkembangan Terkini Kes Akhyar Rashid

Sudah dua bulan berlalu namun Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terus membisu mengenai perkembangan terkini kes bekas pemainnya, Akhyar Rashid yang dikatakan akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Situasi itu menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong skuad Helang Merah sama ada KFA benar-benar akan heret kes tersebut ke CAS atau ianya sekadar gimik semata-mata.

Bercakap kepada Berita Harian, wakil Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (G32), Safarizal Mohd Sobri mahu pihak KFA menjelaskan hal sebenar dan mereka sebagai penyokong mempunyai hak untuk mengetahui perkembangan terkini kes tersebut.

“Sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa kes terbabit sudah dikendalikan oleh peguam yang dilantik KFA.

“Jadi pengurusan menyerahkan semuanya kepada peguam terbabit dan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang komen.

“Kami menghormati keputusan KFA dan peguam yang tidak mahu memaklumkan perkembangan itu secara terbuka kepada media namun sebagai penyokong, mungkin KFA boleh memaklumkan serba sedikit mengenai perkembangan kes itu walaupun tidak secara menerusi butiran lanjut.

“Pada pandangan sebagai penyokong, kami hanya mahu tahu setakat mana kes terbabit sudah dibawa ketika ini,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Berita Harian.

Aksi Akhyar Rashid ketika mewakili Kedah menentang PKNP dalam saingan Liga Super musim lepas.

Bulan januari lalu, KFA menjelaskan mereka berada di peringkat akhir untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan atau CAS.

Menurut sumber Harian Metro, tiga pihak akan didakwa oleh pihak KFA ketika mereka membawa isu ini ke pihak mahkmah CAS. Tiga pihak yang dimaksudkan ialah Johor Datul Ta’zim (JDT), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Akhyar sendiri.

JDT akan didakwa oleh pihak KFA atas alasan pasukan itu menggunakan unsur pintu belakang atau ‘tapping up’ dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Akhyar.

Sementara bagi pihak FAM pula, mereka akan didakwa kerana tidak berjaya menguruskan isu ini dengan baik dengan Akhyar sendiri turut dibawa ke muka pengadilan kerana merupakan watak penting dalam isu ini.

Akan tetapi, pihak KFA enggan mendedahkan siapa nama-nama yang akan dibawa ke CAS secara mendalam tetapi ianya akan melibatkan 3 entiti tersebut.

Kedah ketika itu jelas tidak akan mengubah pendirian mereka untuk membawa hal ini ke muka pengadilan, semuanya demi masa depan bola sepak Malaysia yang lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN