Penyokong Kedah Lancar Kempen ‘Satu Penyokong Satu Bendera’

Menjelang pertemuan tumpuan Liga Super di antara Kedah menentang juara bertahan, JDT pada hari jumaat ini, Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah  melancarkan kempen kibar bendera dengan tema ‘Seorang Penyokong Satu Bendera’ sebagai tanda sokongan padu kepada skuad Helang Merah di Stadium Darul Aman.

Menurut jurucakap kepada Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah atau dikenali sebagai G32, Mohd Safarizal Mohd Sobri, berkata dalam Harian Metro, menyeru semua penyokong Kedah membawa bendera berwarna hijau kuning masing-masing dalam usaha membangkitkan aura memburu kemenangan.

“Kami mahukan pastikan Stadium Darul Aman ‘bergegar’ dan dipenuhi dengan aura penyokong Hijau Kuning yang membawa bendera pada malam itu dan kemeriahan ini merupakan langkah pertama yang diadakan pada awal musim ini.

“Dengan usaha sokongan penuh semangat sebegini, kami yakin dapat membakar semangat semua yang hadir ketika menyokong dan seterusnya dapat memberi impak motivasi yang maksimum kepada semua pemain yang akan berjuang habis-habisan dalam memburu kemenangan di Stadium Darul Aman nanti.

“Selain memeriahkan perlawanan ini, ia juga sebagai perang psikologi kepada pasukan JDT, dimana kita nak tunjukkan bahawa penyokong Kedah memiliki semangat sokongan yang tinggi untuk pasukan Lang Merah.” katanya.

Malah, Safarizal turut memaklumkan pihaknya sudah berunding dengan pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan pembekal  untuk menyediakan bendera di kaunter pembelian tiket.

“Kepada penyokong yang tidak memiliki bendera, kita merancang supaya mereka boleh membeli bendera yang disediakan di kaunter pembelian tiket yang disediakan oleh pihak KFA dengan kadar ‘diskaun’ atau potongan harga yang menarik,” katanya.

“Penyokong Kedah dikenali sebagai antara penyokong yang teramai dalam Liga Malaysia selama ini, dan kami rasa inilah masanya kami dapat tunjukkan tahap sokongan yang konsisten di Stadium Darul Aman bermula dengan perlawanan menentang JDT nanti.

“Kami yakin semua pemain akan dapat melihat aura yang akan kami bawakan dalam memberi sokongan pada kali ini dan seperti yang kita tahu kejayaan menewaskan JDT adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua penyokong.” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN