Penyokong JDT Jawab Isu JDT Tak Pakai Anak Jati & Mengapa Haters Penting

OK. Kalau korang peminat JDT tapi tak baca status ni, rugi betul hidup korang.

Sebelum itu, jutaan tahniah buat pasukan JDT kerana menjadi satu-satunya pasukan yang menjuarai Liga Super sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu tahun 2014, 2015 dan 2016.

Tahun lepas, JDT menjadi satu-satunya pasukan pertama dari Asia Tenggara yang menjadi juara Piala AFC (Asian Football Confederation).

Ada yang mempertikai tentang cara, prosedur dan revolusi yang diterapkan oleh TMJ dalam membina pasukan JDT sebagai sebuah pasukan yang ampuh dan disegani.

Persoalan saya: adakah pasukan-pasukan besar seperti Manchester United, Manchester City atau Chelsea terus dapat membina nama dan jenama mereka sekelip mata?

Setiap kelab perlukan pencetus revolusi

Jika tiada individu seperti Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan Thaksin Shinawatra adakah Manchester City menjadi apa yang ada sekarang?

Begitu juga jika Roman Abramovich tiada. Adakah Chelsea akan menjadi Chelsea seperti sekarang?

Jadi, pencetus perlu ada untuk mewujudkan revolusi. Dan revolusi pastinya tidak akan datang secara bergolek, bukan?

Tahukah anda jurulatih paling berpengaruh, Sir Alex Ferguson dilaporkan hampir dipecat beberapa kali kerana kemerosotan United sekitar tahun 90-an.

pete-molyneuxs-banner

(Nota editor: gol Mark Robins pada 7 Januari 1990 ketika menewaskan Nottingham Forest 1-0 dalam aksi pusingan ke-3 FA Cup menyelamatkan Sir Alex Ferguson daripada dipecat).

Tetapi kita nampak turning point yang diaspirasikan oleh Ferguson telah merevolusikan Manchester United menjadi kelab paling berpengaruh di dunia.

Jadi, di sebalik kejayaan satu-satu kelab pastinya akan ada ikon yang berpengaruh dalam mencorak dan merencana kelab tersebut, begitulah juga halnya dengan JDT.

JDT tak pakai anak jati Johor?

Tentang persoalan anak jati bermain untuk pasukan JDT yang kerapkali dipertikai oleh sebahagian daripada masyarakat. Cuba kita tengok pasukan besar seperti Manchester United: berapa ramai anak jati yang lahir di Manchester?

Tahukah anda dalam pasukan Manchester United sekarang, hanya Marcus Rashford sahaja yang lahir di bandar Manchester. Habis itu, yang lain? Korang pergilah cari dorang lahir kat mana.

Adakah penyokong Manchester United hanya untuk orang yang lahir di Manchester sahaja?

Atau adakah akademi Man United hanya terbuka untuk orang yang lahir di Manchester sahaja?

Atau adakah semua pemain Man United lahir di bandar raya Manchester?

Bola sepak moden pada pandangan saya perlu meninggalkan stigma kenegerian. Kerana untuk maju dan menjadikan bola sepak sebagai satu industri yang mainstream, well-established dan mampu menarik jutaan peminat seperti BPL, pemikiran tentang kenegerian ini perlu ditolak tepi.

JDT pun rasanya mempunyai beberapa anak tempatan yang power seperti Jasazrin Jamaludin, Mohd Fazly Mazlan dan Mohd Azinee Taib yang mempunyai bakat yang tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.

Gambar oleh: Rizanizam/www.asiana.my
Gambar oleh: Rizanizam/www.asiana.my

Malahan beberapa pemain naturalisasi yang diserap masuk juga adalah antara langkah yang baik dalam penambahbaikkan skuad terutamanya JDT II yang mencungkil bakat anak tempatan.

Begitu juga dengan youth development pada peringkat akar umbi bermula seawal usia 11-12 tahun yang telah dilakukan oleh Akademi JDT diharap dapat memberikan tuaian hasil yang lumayan di masa hadapan.

Isu 4 pemain JDT tak mahu bermain skuad kebangsaan

Tentang persoalan empat pemain JDT yang tak nak main dengan pasukan kebangsaan. Tahukah anda, penyerang prolifik negara Mokhtar Dahari pernah tiga kali bersara daripada skuad kebangsaan.

Pertamanya pada tahun 1979. Kemudian 11 bulan selepas itu, Mokhtar Dahari kembali main untuk negara.

screen-shot-2016-09-26-at-9-55

Lepas tu tahun 1982, Mokhtar bersara kali kedua.

Then, 1985 dia buat comeback semula dan selepas kekalahan 0-2 di Seoul, dia bersara untuk kali ketiga.

So, korang janganlah pelik nanti kalau Safiq Rahim and the gang buat comeback nak sarung semula jersi kebangsaan, satu hari nanti.

TMJ sebagai presiden FAM

Tentang persoalan siapakah yang layak menjadi Presiden FAM selepas ini, dengan deretan kejayaan dan revolusi yang dihidangkan kepada kita, pada saya tiada yang lebih layak melainkan TMJ.

Bola sepak adalah sukan rakyat.

Usaha TMJ untuk memberi nafas baharu kepada pasukan bola sepak negeri Johor berjaya membangkitkan semangat masyarakat tempatan untuk menyokong pasukan JDT hingga ke akar umbi.

Gambar oleh: Nizam Rahman | www.asiana.my
Gambar oleh: Nizam Rahman | www.asiana.my

Jika pada asalnya, masyarakat hanya sekadar menonton bola sepak semata-mata tetapi kini mereka telah terdidik untuk mengetahui mengenai pasukan JDT, senarai pemain dalam radar JDT dan mengenali bakat-bakat baharu atau bakat dari luar untuk diangkat sebagai pemain utama pasukan.

Kerangka untuk membina mind-set ini telah digerakkan dengan baik oleh TMJ serta pasukannya dan kita nampak secara jelas kesannya kini.

So, ada ke calon yang lebih baik dari TMJ?

Pasukan berjaya mesti ada penentang

Pepatah ada mengatakan ‘behind every successful person, there is a lot of haters’.

Satu ketika dahulu, Johor FC adalah sebuah pasukan ‘biasa-biasa’ (saya pernah beberapa ke Stadium MPPG dan anda pasti pernah merasai suasananya) sebelum ditranformasi menjadi seperti sekarang oleh TMJ.

Lalu haters muncul menyerang dari semua arah. Namun semua itu disangkal dengan kejayaan yang dirangkul oleh JDT.

nna_8080_copy-1
Gambar oleh: rizanizam/asiana.my

Inilah juga faktor yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kelangsungan kejayaan matlamat asal penubuhan JDT mahupun Johor FC iaitu memartabatkan kembali pasukan bolasepak kebanggaan kita ke tahap seperti sekarang.

Kebanyakkan pasukan ataupun individu yang pernah menikmati kejayaan pastinya pernah melalui saat-saat diasak seperti yang dilalui oleh JDT musim ini.

Jadi ‘stay calm and keep on supporting’, Kalaupun JDT tidak merangkul Piala AFC kali ini, percayalah JDT tetap ‘menang’ di hati penyokongnya.

Ayuh Johor, luaskan kuasamu!

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Muhammad Yusof. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN