Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil dengan persiapan cukup baik ketika ini daripada segi kecergasan para pemain walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) berehat seketika untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa.
Sentiasa menjadi antara kelab yang mementingkan isu kecergasan, JDT telah pun mengadakan satu aksi persahabatan yang berlangsung semalam di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.
Pada aksi itu, JDT telah pun menghadapi salah satu wakil kelab di Singapura iaitu Balestier Khalsa dan tidak menghadapi sebarang isu untuk mengatasi pasukan berkenaan dengan kemenangan besar.
Kemenangan besar 8-0 diraih itu jelas membanggakan para penyokong selain pasukan itu turut menampilkan bintang import terbaharu iaitu Jese Rodriguez.
Jese juga tidak mengambil masa lama untuk menambat hati para penyokong kelab tersebut apabila beliau berjaya meledak gol sulung bersama JDT musim ini.
Pastinya ramai tertanya-tanya bagaimana bentuk jaringan gol terhasil pada perlawanan tersebut kerana tiada siaran langsung dapat disaksikan oleh mereka yang tidak hadir ke stadium.
Tampil pemilik akaun, Norphgun di media sosial X yang sempat berkongsikan enam daripada lapan gol terhasil sepanjang aksi tersebut berlangsung.
“6 out of 8 sebab aku miss 2 gol. Ini gol pertama dari Bergson da Silva #9 pada minit keempat.
“Hasil tandukan di hadapan gawang dimana Bergson menang aerial duel depan satu pertahanan dan penjaga gol. Bantuan gol dari Murilo Henrique,” jelas beliau bersama perkongsian enam video jaringan.
6 out of 8 sebab aku miss 2 gol.
Ini gol pertama dari Bergson da Silva #9 pada minit keempat.
Hasil tandukan di hadapan gawang dimana Bergson menang aerial duel depan satu pertahanan dan penjaga gol.
Bantuan gol dari Murilo Henrique #11#InternationalClubFriendly #JDTvBAL pic.twitter.com/CZQYcUV5nz
— 🏍Sis Noor👠C'est Nour (@NorphGun) October 14, 2024
Lebih menarik pada aksi tersebut, Hector Bidoglio turut memperkenalkan barisan pemain muda mereka untuk menghadapi Balestier Khalsa dengan Pavithran dan Ahmad Irfan turut dibawa masuk selain Daryl Sham.
Apa yang membanggakan, bintang penyerang JDT II di saingan Liga MFL turut berjaya meledak salah satu gol pada perlawanan tersebut.
Salah satu jaringan yang dinantikan pastinya membabitkan Jese, apabila beliau mudah menanduk sepakan sudut diambil oleh bekas tonggak Harimau Malaya iaitu Safiq Rahim pada minit ke-83.
Gol kelapan di minit 83' oleh Jese Rodriguez #33 hasil dari sepakan sudut Safiq Rahim #8!
🔥🔥🔥#InternationalFriendlyMatch #JDTvBAL pic.twitter.com/14Aq99Gpls— 🏍Sis Noor👠C'est Nour (@NorphGun) October 14, 2024
Pada masa sama, pemilik akaun berkenaan turut berkongsikan keadaan semasa dua pemain tengah Harimau Selatan iaitu Nathaniel Hong Wan bersama Afiq Fazail yang masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan.
“Siapa rindu Tangkak boy, Hong Wan? 🥹 Ada la sikit ini buat penawar rindu. Hong Wan nampak segar tapi dari cara dia berjalan, kelihatan seperti belum sepenuhnya pulih. Semoga cepat pulih, lucky tangerine Hong!
“Afiq Fazail juga ada, kelihatan lebih baik setelah giat menjalani latihan pemulihan seperti ditunjukkan dalam akaun rasmi JDT.
“Semoga Afiq Fazail juga cepat sembuh dan dapat beraksi di pentas selayaknya beliau,” jelas pemilik akaun tersebut mengenai situasi semasa kedua pemain berkenaan.