Quantcast

BERITA

Penyokong Indonesia Tayang Kain Rentang Anjing Sewaktu Perlawanan Menentang Malaysia

Wow. Ini sudah melampau.

Jelas sekali layanan yang diberikan oleh penyokong Indonesia terhadap pasukan Malaysia sememangnya tidak menghormati kita sebagai pasukan yang bertanding.

Semalam pasukan remaja negara kecundang dalam saingan separuh akhir Piala AFF B-16 di Stadium Gelora Delta Sidoarjo.

Mereka tewas 1-0 hasil jaringan sepakan penalti yang dibolosi skuad negara pada babak akhir perlawanan.

Skuad negara semalam jelas mempersembahkan persembahan yang teruk, tetapi lebih teruk sikap penyokong Indonesia dalam perlawanan itu semalam.

Dalam stadium yang dipenuhi oleh 35 ribu penyokong Garuda itu, mereka jelas memberikan layanan bak neraka kepada skuad muda negara.

Bermula pada ketika nyanyian lagu Negaraku, seperti biasa penyokong Indonesia akan membuat bising pada waktu tersebut.

Akan tetapi skuad muda negara terus utuh dengan menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia dengan penuh semangat.

Tidak cukup dengan itu, mereka menaikkan kain rentang atau banner yang cukup bersifat provokasi.

Mereka menaikkan kain rentang yang tertera binatang anjing yang dihiasi dengan bendera Jalur Gemilang.

Sambil itu, terdapat mesej “Serumpun Tapi Bangsat”.

Kain rentang penuh provokasi yang dinaikkan oleh penyokong Indonesia semalam.

Selain itu, laungan “Malaysia itu anjing” juga berkumandang sewaktu perlawanan berlangsung.

Dari sudut lain, kemenangan Indonesia semalam memberikan sedikit positif buat mereka dan juga kita.

Cuba bayangkan sekiranya kita menang, pasti babak baling objek yang diterima oleh skuad B-19 tempoh hari akan berulang.

Kami minta pihak FAM akan mengambil tindakan tegas dengan melakukan bantahan rasmi kepada AFF dan juga AFC.

Sudah tiada masa lagi untuk cara diplomatik, tindakan tegas perlu diambil.

Untuk masa ini, slogan “Kita Serumpun” harus ditolak ke tepi buat masa ini.

Keselamatan dan juga maruah negara kita harus dipelihara terlebih dahulu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!