Penyokong Indonesia tidak dapat membendung kemarahan mereka terhadap Simon McMenemy dengan menyanyikan lagu yang meminta jurulatih itu meletak jawatan semasa perlawanan menentang Vietnam malam tadi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali.
Indonesia terus menerima keputusan buruk dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023. Terbaru mereka ditundukan pasukan Vietnam 3-1 di halaman sendiri.
Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut buat Sang Garuda selepas tewas kepada Malaysia (2-3), Thailand (0-3) dan UAE (0-5) menjadikan Indonesia satu-satunya pasukan dalam kumpulan G yang masih belum mengutip sebarang mata.
https://twitter.com/Eyda40382969/status/1184299561155645440?s=20
Penyokong Indonesia yang hadir ke stadium nyata kecewa dengan persembahan buruk yang dipamerkan pasukan kebangsaan negara mereka.
Kritikan demi kritikan yang ditujukan kepada Simon McMenemy meletakkan beliau seolah-olah punca utama kepada prestasi buruk yang melanda skuad Indonesia.
Semasa perlawanan sedang berlangsung dalam separuh masa kedua, laungan ‘Simon Out’ dan ‘Buat Apa Simon’ telah mula kedengaran dari penyokong di satu sudut stadium.
https://twitter.com/UCLN_Bola/status/1184189587930771456?s=20
Keadaan bertambah panas sejurus sahaja pengadil dari Turki, Mohammed Alkhudhayr meniupkan wisel penamat. Penyokong mula berkumpul mengelilingi bas yang membawa pemain sambil terus menyanyikan lagu yang mengecam Simon McMenemy.
Wartawan BolaSport yang membuat liputan perlawanan berkenaan mendakwa, suara nyanyian penyokong di luar stadium begitu jelas kedengaran sewaktu Simon sedang ditemuramah dalam sidang media.
Simon yang jelas terganggu dengan protes itu sempat menyindir para pengkiritiknya dalam sedia media tersebut.
“Saya mungkin boleh dibunuh oleh mereka [penyokong] semasa berjalan menuju bas,” kata Simon dengan nadal kesal.
Alasan Simon McMenemy Tunjuk Yanto Basna Jadi Kapten Timnas Indonesia – https://t.co/X9UYt72nXc https://t.co/O0Ri90Hbs2 pic.twitter.com/nKN2FOmymv
— Masasih.id (@masasih_id) October 15, 2019
Suasana bertambah buruk selepas pemain Indonesia dan beberapa pegawai mula menaiki bas. Ratusan penyokong yang kecewa telah bertindak menghalang bas tersebut sambil terus menyanyi
Sebaik sahaja Simon masuk ke dalam bas, nyanyian penyokong semakin kuat dan lebih ramai penyokong mengelilingi bas tersebut.
Petugas keselamatan bertindak meleraikan penyokong bagi membolehkan bas keluar dari kawasan stadium dengan dikawal ketat oleh pihak polis.
Nasib Simon McMenemy kini menjadi tanda tanya selepas terdapat ura-ura mengatakan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan menyingkirkan jurulatih warga Scotland itu.