Penyokong Harimau Malaya Digalakkan Naik LRT Ke Bukit Jalil

Sempena perlawanan penting Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu ini, pihak Rapid KL mengumumkan perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dilanjutkan dengan Stesen Bukit Jalil dibuka sehingga jam 1 pagi.

Menurut kenyataan daripada Rapid KL, para penyokong pasukan Harimau Malaya digalakkan menggunakan perkhidmatan tren Rapid KL, yang turut meliputi perkhidmatan LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

https://twitter.com/MyRapidKL/status/1065562664942755840

“Atas permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan LRT dan MRT dengan Stesen Bukit Jalil dibuka pada hari Sabtu ini sehingga pukul 1 pagi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada para peminat bola sepak yang bercadang untuk menyaksikan perlawanan AFF Piala Suzuki antara Malaysia dan Myanmar.

“Stesen-stesen lain ditutup seperti biasa; tetapi para penumpang boleh keluar daripada stesen-stesen berkenaan. Para penumpang boleh bertukar laluan di stesen-stesen integrasi sama ada di Stesen Maluri atau Stesen Plaza Rakyat/Merdeka untuk menggunakan perkhidmatan MRT; atau di Masjid Jamek untuk ke Laluan Kelana Jaya.

“Para penumpang juga boleh bertukar ke Laluan Kelana Jaya atau MRT di stesen integrasi Pasar Seni,” kata Rapid KL dalam satu kenyataan.

FAM ucap terima kasih di atas kerjasama daripada pihak Prasarana

Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart  Ramalingam, semalam mengesahkan pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada Prasarana Malaysia Berhad, syarikat pengendali perkhidmatan LRT dan MRT bagi melanjutkan tempoh operasi mereka bersempena perlawanan Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Myanmar.

Katanya, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Malaysia Berhad, Encik Muhammad Nizam Alias, menjelaskan mereka telah pun meluluskan dan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi perkhidmatan LRT bagi laluan Sri Petaling, Ampang dan Kelana Jaya serta perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang sehingga jam 1.00 pagi Ahad (25 November 2018).

“Dengan perkembangan terbaharu ini, FAM ingin menggalakkan supaya para penyokong Harimau Malaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT untuk ke stadium pada Sabtu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.

“FAM turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Prasarana Malaysia Berhad yang begitu prihatin dalam memberi keselesaan dan memudahkan para penyokong Harimau Malaya untuk pergi dan pulang dari stadium,” kata Stuart Ramalingam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN