Penyokong Harap PKNP FC Terus Berpangkalan Di Manjung

Manjung

Sebahagian besar penduduk Manjung, Perak berharap PKNP FC terus menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai gelanggang utama pasukan itu pada musim depan walaupun terpaksa bersaing di Liga Premier.

Ini kerana mereka optimis kehadiran PKNP bakal menghidupkan suasana bola sepak di Manjung selepas menyaksikan bilangan penyokong dilihat semakin bertambah dari perlawanan ke setiap perlawanan.

Salah seorang penduduk Manjung, Jamaludin Mat Noh, 49, akui jarang terlepas aksi melibatkan PKNP sejak pasukan itu beraksi di sana malah mereka merasakan sudah menjadi sebahagian daripada pasukan.

“ Setahun kami di sini, saya tidak boleh nafikan makin ramai orang Manjung termasuk kawan-kawan saya jika PKNP ada beraksi di stadium.

Jamaludin Mat Noh

“ Malah kami ada tubuhkan persatuan penyokong PKNP bagi memastikan sokongan kepada pasukan berterusan pada tiap perlawanan selain ada aktiviti tersendiri.

“ Lihatlah sendiri pada malam ini [suku akhir pertama menentang Kedah], walaupun cuaca buruk dengan hujan lebat sekitar 630 petang, kami semua tetap datang ke stadium berikan sokongan tidak berbelah bahagi.

“ Walaupun belum pasti apa nasib pasukan selepas ini, saya harap tahun depan Stadium Majlis Perbandaran Manjung akan kekal jadi gelanggang pasukan kerana kami semakin sebati dengan PKNP,” katanya.

Aksi menentang Kedah pada suku akhir pertama Piala Malaysia, 25 September lalu menjadi aksi terakhir PKNP musim ini di pentas Liga Malaysia selain meraih tempat ke-11 di saingan Liga Super.

Penyokong PKNP dianggarkan kira-kira 1,500 hadir pada perlawanan itu dan angka itu dilihat sebagai sesuatu yang menggalakkan kerana ia menjadi musim pertama bermain di Manjung.

Angka itu jauh lebih baik jika hendak dibandingkan ketika PKNP bermain di Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan yang memperlihatkan kehadiran dalam lingkungan 100 ke 200 penyokong.

Hakikat itu dipersetujui seorang penyokong muda PKNP, Natasha Irdiani Suhaimi, 17, yang menganggap Manjung dan PKNP seperti tidak boleh dipisahkan.

“ Rasa macam ada sesuatu serta beri semangat tersendiri kepada kami untuk melihat PKNP tiap kali bermain di sini, jika dahulu kalau di Ipoh, suasananya tidak seperti ini.

Natasha Irdiani Suhaimi

“ Saya harap apa-apa yang terjadi, harap PKNP masih ada pada masa depan dan terus ada di sini bagi memastikan sokongan buat pasukan terus kekal.

“ Prestasi pasukan juga berada di tahap memuaskan walaupun tersingkir ke Liga Premier untuk musim depan tetapi mereka mampu mara ke suku akhir Piala Malaysia, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN