Bayangkan anda ‘awayday’ ke sebuah perlawanan pergi dan balik jauhnya 700 batu bersamaan hampir 1200 km? Dan pasukan kesayangan anda tewas saat-saat akhir?
Itulah dihadapi oleh sekumpulan penyokong Carlisle United sewaktu bertandang ke Exeter City pagi tadi. Mereka bertembung dalam separuh akhir kedua play-off League Two.
Exeter terikat 3-3 dengan Carlisle semasa separuh akhir pertama. Namun, setelah rehat separuh masa perlawanan kedua ini, Exeter mendahului dengan 1 gol menjadikan agregat 4-3.
Kedua-dua kelab saling membalas serangan pada 15 minit terakhir. Agregat terikat 5-5 dengan keputusan perlawanan 2-2.
Namun begitu, Jack Stacey menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan 90+5 untuk memastikan Exeter ke Wembley. Akhirnya, skor berubah menjadi 5-6.
Kisah sama Luton menentang Blackpool
Blackpool mendahului Luton untuk perlawanan pertama dengan 3 gol berbalas 2. Luton tidak memberikan cabaran mudah kepada Tangerines di laman sendiri pagi tadi.
Separuh masa antara Luton menentang Blackpool, Luton mendahului perlawanan 2-1. Agregat terikat 4-4.
Berbalas cubaan untuk mengejar gol kemenangan. Mereka meneruskan juga sehingga babak akhir, malah agregat pun terikat 5-5.
Tetapi, dek gol sendiri dijaringkan oleh pemain Luton, Kelvin Mellor pada minit 90+5 telah memastikan tuan rumah gulung tikar ke Wembley.
Amat pedih kan jika kalah saat-saat akhir, inilah rencah bola sepak!
Blackpool akan bertemu Exeter di final pada 28 Mei. Pemenang akan dinaikkan ke League One.
Pujian buat penyokong Exeter
https://twitter.com/footyawayday/status/865518093438566402?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.devonlive.com%2Fa-tribute-to-exeter-city-and-carlisle-united-fans-after-last-night-s-thriller%2Fstory-30342682-detail%2Fstory.html
Mereka turun ke padang dan menuju ke penyokong Carlisle. Mereka memberikan penghargaan dan sokongan kepada penyokong lawan yang kecewa.
Barangkali pelaburan penyokong lawan tidak berbaloi. Video kelakuan berhemah penyokong Exeter sempat dirakamkan dan viral awal hari ini.