Kejayaan skuad Three Lions membenam Sweden 2-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali semalam dalam tempoh 28 tahun telah membangkitkan semangat penyokong England untuk memasang impian melihat negara mereka menjulang Piala Dunia.
Peminat England di Arena Samara, semalam melaungkan “Ia pulang ke rumah” (It’s coming home) dan berada di stadium agak lama selepas perlawanan berakhir apabila mengetahui kemenangan meletakkan pasukan mereka hanya kurang satu langkah untuk ke final.
It's coming home… pic.twitter.com/Qxg8g0HvLe
— British Airways (@British_Airways) July 7, 2018
Seorang peminat, Luc Jones berkata mereka sering dikecewakan oleh barisan pemain England terdahulu yang lebih “mengutamakan potongan gaya rambut atau teman wanita selebriti pop atau kereta mewah baharu berbanding menendang bola.”
“Tetapi kali ini ia mungkin berbeza dan kami berani untuk bermimpi. Berbanyak-banyak terima kasih. Ia pulang ke rumah,” kata Jones.
Sama ada tuan rumah, Russia atau Croatia menjadi batu penghalang di antara England dan penampilan pertama mereka di final Piala Dunia sejak memenanginya di gelanggang sendiri pada 1966.
Peminat memuji skuad kendalian pengurus, Gareth Southgate kerana berjaya menghentikan corak permainan Sweden dan menamatkan perlawanan.
“Saya fikir mereka melakukannya dengan baik, dengan baik. Mengekang mereka. Kemudian kami perlu menjaringkan gol, menjaringkan gol terlebih dulu, mengawal perlawanan,” kata seorang peminat, David Thomson.
“Menakjubkan, cukup bijak. Kami semua bimbang sebelum perlawanan di mana kami perlu menjaringkan gol terlebih dulu dan kami melakukannya. Mengawal perlawanan. Luar biasa,” kata Tim Banks.