Penyokong Dinamo Zagreb Boikot Pergi Stadium, Sokong Pasukan Futsal Pula

Mungkin ini sesuatu yang boleh dipraktis oleh penyokong di Malaysia sekiranya mereka tak berpuas hati kepada pengurusan bola sepak: boikot stadium dan beri sokongan kepada sukan lain pula.

Inilah yang dilakukan oleh penyokong Dinamo Zagreb, kelab gergasi liga Croatia yang pernah menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Champions League 2015/2016 pada September 2015 yang lepas.

Dalam usaha mereka memprotes pengurusan kelab yang korup, penyokong Dinamo Zagreb memboikot perlawanan liga di stadium dan mula menyokong pasukan futsal yang ditubuhkan oleh ultras mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, ultras Dinamo yang dinamakan Bad Blue Boys telah mencipta kelab futsal mereka sendiri pada 2014 untuk memberi contoh kepada pengurusan Dinamo Zagreb bagaimana pasukan sepatutnya diuruskan.

zagreb2

Usaha memboikot perlawanan ini adalah kemuncak kemarahan penyokong Dinamo yang pernah menyaksikan pengurus dan pengarah kelab mereka bermalam 11 hari di penjara atas kesalahan rasuah, menyeleweng wang kelab dan mengelak membayar cukai.

Menurut laporan The Guardian, pengurus Dinamo, Zoran Mamic pernah berkejar dari penjara ke stadium untuk menyaksikan pasukannya menentang Fola Esch  kelab kecil dari Luxembourg – semasa perlawanan pertama pusingan kelayakan kedua Champion League 2015/2016.

Zoran Mamic, pengarah dan bekas pengarah kelabnya juga pernah dituduh menyeleweng wang yuran perpindahan pemain untuk dimasukkan dalam akaun peribadi mereka di luar negara.

Ketika ini, Dinamo Zagreb masih selesa mendahului liga Croatia dan sudah mencatatkan 7 kemenangan berturut-turut.

Penyokong Dinamo pula tidak kisahkan kemenangan pasukan bola sepak mereka.

Dengan memboikot stadium, mereka membuat kenyataan jelas – keutamaan mereka adalah pengurusan kelab yang bebas daripada rasuah. Bukannya sekadar menang di atas padang.

Baca juga: Mengapa Penyokong Leeds United Mengamuk Terhadap Pemilik Kelab Mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN