Penyokong Chelsea Minta Kelab Tidak Berikan Morata No.9

Penyokong Chelsea di seluruh dunia berharap agar kelab tidak memberikan Morata no.9 untuk digunakan pada musim hadapan.

Morata yang sah menjadi milik Chelsea dengan perpindahan bernilai sekitar £65 juta dari Real Madrid dijangka akan menggunakan no.9 yang masih kosong.

Fernando Torres dan Radamel Falcao antara 2 pemain yang gagal menyerlah dengan nombor tersebut. Pemain terakhir yang memberikan impak dengan no.9 adalah Jimmy Floyd Hasselbaink.

Selepas Hasselbaink, kesemua pemain yang menggunakan jersi no.9 gagal menyerlah. Mereka adalah Mateja Kezman, Franco Di Santo, Fernando Torres dan Radamel Falcao.

Mateja Kezman adalah pemain yang hadir dengan reputasi yang besar. Namun tidak mampu untuk menjadi penyerang utama kelab tersebut. Beliau bergelut dengan prestasi dan krisis kecederaan.

Fernando Torres dibeli dengan nilai £50 juta kerana aksi pemusnah di Liverpool. Torres hanya menjaringkan 20 gol daripada 110 penampilan untuk Chelsea.

Falcao pula hanya mampu menjaringkan 1 gol daripada 10 perlawanan liga.

Steve Sidwell dan Khalid Boulahrouz antara 2 lagi pemain tetapi bukan penyerang, menggunakan jersi no.9. Mereka juga gagal memberikan impak lebih baik.

Rekod yang merisaukan ini, sudah cukup untuk membuatkan peminat Chelsea meminta agar kelab tidak memberikan Morata nombor 9 ataupun Morata sendiri menolak untuk menggunakan nombor tersebut.

“Tidak! Janganlah, ambil sahaja nombor Diego apabila beliau sudah pergi kelak,” itulah luah seorang peminat Chelsea menerusi Twitter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN