Ibarat telur di hujung tanduk, kedudukan Frank Lampard bertambah parah selepas beliau teruk dikecam oleh pelbagai pihak termasuk penyokong Chelsea sendiri kerana ‘menyingkirkan’ pemain muda berbakat Fikayo Tomori daripada skuadnya.
Pemain berusia 23 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke AC Milan secara pinjaman dengan pilihan pembelian tetap bernilai £25 juta pada penghujung musim ini.
Pemain kelahiran Kanada itu tiba di San Siro untuk mengukuhkan lagi barisan pertahanan The Rossoneri yang telah kehilngan khidmat Simon Kjaer dan kapten Alessio Ramagnoli yang dilanda kecederaan.
Ciao @acmilan fans👋🏾.
Honoured to have this opportunity to fight for this great club, I can’t wait to show myself on the pitch🔴⚫️.
Un grande abbraccio#ForzaMilan❤️🖤. pic.twitter.com/rd55HvHdOA
— Fikayo Tomori (@fikayotomori_) January 22, 2021
Tomori gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan hanya membuat satu penampilan sahaja sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Frank Lampard lebih gemar untuk menggandingkan pemain veteren Thiago Silva bersama Kurt Zouma atau Andreas Christensen.
Namun apa yang menjadi perdebatan adalah kecenderungan pengendali berusia 42 tahun itu untuk memilih Antonio Rudiger sebagai pemain sandaran sekalipun mengalami penurunan prestasi yang ketara dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Watch what Didier Drogba thinks of Andreas Christensen,Fikayo Tomori,Tony Rudiger,Kurtz Zouma and the new man Silva.
Link👉 https://t.co/nDrHDgnCavPjanic/David Silva/#Cammon16launch pic.twitter.com/TxEI9LhCJA
— Chrispinus Onzweni (@onzweni) September 8, 2020
Tomori telah dicanang sebagai salah seorang prospek masa hadapan buat skuad kebangsaan England selepas membuktikan keupayaannya pada musim lepas sehingga mendapat kaps petamanya di peringkat antarabangsa ketika menentang Kosovo pada November 2019.
Kemarahan penyokong Chelsea memuncak selepas mengetahui rundingan pinjaman Tomori ke Milan terdapat klausa untuk menjualnya secara tetap dan bukannya untuk memberikannya minit permainan yang lebih baik dan kemudian kembali semula ke pangkuan kelab London tersebut.
Sedangkan kini prestasi Chelsea berada dalam keadaan terumbang ambing termasuk kekalahan 2-0 kepada Leicester City tempoh hari yang menyebabkan mereka tergelincir ke tangga kelapan liga walaupun berbelanja besar mendapatkan pemain baharu pada awal musim ini.
Kredit Foto: Getty Images & AC Milan
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Frank Lampard dan Chelsea: