Penyokong Celtic Sekali Lagi Bersolidariti Untuk Palestine, Kibar Banner Kutuk Trump

Musim lalu, penyokong Celtic telah diingatkan untuk menjaga kelakuan mereka di dalam stadium. Ini selepas mereka mengibarkan bendera Palestine dalam perlawanan menentang kelab dari Israel Hapoel Be’er Sheva.

Mereka didenda sebanyak £8,615 kerana tindakan tersebut. UEFA melarang sebarang unsur politik dibawa masuk ke dalam bola sepak seperti garis panduan FIFA.

Sebelum itu pada 2014, mereka pernah didenda di atas perbuatan yang sama dengan nilai £15,000. Mereka berjaya mengumpul dana jauh lebih banyak daripada yang mereka perlukan.

Baki daripada dana yang mereka dapat daripada beberapa sumber termasuk Go Fund Me berjumlah £176,000 dan diserahkan kepada Palestine sebagai sumbangan kepada yang memerlukan di sana.

Penyokong Celtic sudah sedia maklum akan regulasi yang dikenakan UEFA, tetapi mereka tetap mahu masyarakat dunia tahu yang komuniti bola sepak berdiri di belakang Palestine.

Mereka menjadikan bola sepak sebagai wadah untuk menunukkan solidariti itu meskipun tahu ia melanggar undang-undang.

Mereka sentiasa membayar denda yang dikenakan ke atas mereka di atas tindakan mereka. Yang penting mesej mereka kepada dunia itu dilihat dan didengar apabila menggunakan sukan no.1 di dunia.

Baca juga: Dihukum UEFA Kibar Bendera Palestin, Penyokong Celtic Kumpul Lebih Banyak Duit Derma Palestin

Sebaik sahaja pengumuman Donald Trump bahawa Amerika Syarikat mengikiraf Baitulmaqqadis sebagai ibu negara Israel, penyokong Celtic telah membantah tindakan itu.

Dalam perlawanan Celtic menentang Hibernian di tempat lawan, Easter Road, penyokong Celtic menaikkan banner kontroversi yang ditulis:

“Jerusalem is Palestine F**k Trump”

Sebelum ini, UEFA telah mengingatkan agar penyokong Celtic tidak mengulangi kesalahan yang sama.

UEFA juga lalu mengingatkan penyokong Celtic bahawa mereka perlu mengawal tingkah laku mereka selepas melakukan 9 salah laku dalam tempoh 5 tahun terakhir. Pelbagai denda telah dikenakan ke atas mereka.

Kami menjangkakan UEFA akan datang sekali lagi kepada penyokong Celtic. Jika penyokong Celtic didenda sekali lagi, mereka akan menjadi satu-satunya kelompok penyokong di Eropah yang didenda 3 kali kerana menaikkan bendera Palestine.

Ia juga bakal menyaksikan mereka sebagai persatuan penyokong yang didenda paling besar kerana Palestine. Sebelum ini mereka sudah mengeluarkan wang kira-kira £23,000 ataupun sekitar RM125 ,000 kerana solidariti kepada Palestine yang ditunjukkan di dalam stadium bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN