Penyokong Buat Hal, AFC Denda FAM Sebanyak RM180K

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan hukuman denda kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak AS$42,500 (RM179,732) kerana kesalahan penyokong ketika acara bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), pada bulan Ogos lalu.

Sebanyak AS$30,000 (RM126,870) daripada jumlah itu dikenakan kerana penyokong menyanyikan lagu ‘chant’ yang menghina pasukan lawan, ketika Malaysia berdepan Brunei dan Malaysia bertemu Singapura di Stadium Shah Alam pada 14 dan 16 Ogos lalu.

Difahamkan ‘chant’ yang dinyanyikan oleh penyokong itu termasuk “Kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, Anjing Brunei patut dibunuh” ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi chant yang didedahkan oleh AFC ialah “Kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, Anjing Singapura patut dibunuh” dan “Singapura anjing, Singapura anjing, Singapura anjing” ketika aksi berdepan Singapura.

FAM turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,500 (RM31,717) kerana melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama dengan Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Hukuman itu dikenakan kerana tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di stadium sama, pada 26 Ogos lalu.

Sementara itu, FAM turut didenda kerana tindakan penyokong membaling 50 hingga 60 botol minuman ke padang ketika aksi peringkat Kumpulan B, diantara Indonesia dan Kemboja.

FAM yang juga selaku penganjur pertandingan didenda sebanyak AS$5,000 (RM21,145) kerana melanggar Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

AFC berkata, kesemua denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini dan hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya kesalahan sama masih berulang.

Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada turut dikenakan hukuman denda AS$5,000 (RM21,152) susulan tindakannya mengkritik dan mempersoal keputusan pengadil.

Vingada didakwa melakukan kesalahan itu pada sidang media selepas aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober lalu.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Selain Vingada, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut didenda AS$1,000 (RM4,230) kerana didapati bersalah melakukan terjahan berbahaya ke atas pemain lawan, ketika aksi timbal balik berdepan Hong Kong pada 10 Oktober lalu.

“Safiq Rahim digantung satu perlawanan, termasuk satu penggantungan automatik selepas diperintah keluar padang (menerima kad merah) ketika perlawanan Hong Kong dan Malaysia.

“Penggantungan satu perlawanan akan dikenakan pada aksi seterusnya (kelayakan Piala Asia 2019) antara Korea Utara dan Malaysia pada 10 November nanti,” kata AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN