Ribuan Penyokong Botafogo menyambut pemain baharu pasukan itu, Keisuke Honda di Lapangan Terbang Rio de Janeiro dengan sorakan-sorakan dan lagu-lagu yang menjulang nama pemain Jepun berkenaan.
Bekas pemain tengah AC Milan itu turut diraikan dengan persembahan alat muzik samba dan penyokong juga mengibarkan bendera Jepun sejurus sahaja beliau muncul di balai ketibaan.
Welcome to Brazil, Keisuke Honda! 🙌pic.twitter.com/N3K9eP6b7Q
— GOAL (@goal) February 7, 2020
Honda yang sebelum ini juga pernah beraksi bersama CSKA Moscow ditandatangani dari kelab Belanda, Vitesse Arnhem pada minggu lepas. Media tempatan melaporkan kelab Brazil tersebut mengikatnya dengan perjanjian kontrak selama 11 bulan.
Pemain 33 tahun itu mengikut jejak beberapa pemain luar lain yang menyertai kelab Rio itu seperti pemain Belanda, Clarence Seedorf dan pemain Uruguay Sebastian Abreu yang kedua-dua menjadi pemain yang disayangi oleh penyokong Botafogo.
Foda se, vai tomar no cu. pic.twitter.com/tHCquCnjuS
— Keisuke Honda (@eudjogobotafogo) February 7, 2020
Honda kini menggalas tanggungjawab untuk membantu Botafogo memenangi kejuaraan peringkat negeri Rio yang telah pun bermula pada bulan lepas. Pasukan tersebut juga perlu bersaing dengan musuh setempat, Flamengo yang mendominasi saingan bola sepak Brazil pada tahun lepas.
Laporan berita Brazil berkata Honda meminta sebuah kereta kalis peluru sebelum menandatangani perjanjian untuk bermain di bandar yang merekodkan kadar kes pembunuhan tinggi berbanding Eropah atau Jepun.
Kredit Foto: B/R Football