Penyokong Bola Sepak Islam ‘Haram’ Pakai Jersi Tajaan Syarikat Judi

Tatkala saingan bola sepak English Premier League (EPL) kembali membuka tirai saingan bagi musim 2024/2025, penyokong beragama Islam juga perlu tampil lebih peka dalam memakai jersi kelab kesayangan mereka.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Classic Football Shirts di Instagram, lebih 55 peratus kelab di saingan utama England itu ditaja oleh syarikat perjudian untuk saingan kali ini.

Ini bermakna 11 kelab terlibat dengan isu tajaan syarikat perjudian dengan Aston Villa, Bournemouth AFC, Brentford, Crystal Palace, Everton, Fulham, Leicester City, Nottingham Forest, Southampton, West Ham United, serta Wolves.

Laporan terdahulu ada menyatakan syarikat perjudian bakal diharamkan selaku penaja utama di bahagian jersi bermula pada saingan musim 2025/2026.

Peningkatan kelab yang menggunakan syarikat judi sebagai penaja utama pada saingan musim ini juga jelas meningkat berbanding 35 peratus sahaja pada sebelum itu.

Untuk rekod, Fulham menjadi pasukan pertama yang mengenakan jersi bersama tajaan daripada salah satu syarikat perjudian, betfair.com pada musim 2002/2003.

Trend tersebut dilihat mula meningkat pada musim 2004/2005 dan terus konsisten sehingga pada saingan kini dengan 55 peratus pasukan mengenakan jersi bersama tajaan syarikat perjudian.

West Ham menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan syarikat judi selaku penaja mereka di bahagian jersi dengan suatu tempoh cukup lama apabila ia bermula pada tahun 2015 dan kekal hingga kini.

Menurut pakar agama iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman di Facebook, beliau menyatakan hukum memakai jersi bersama logo atau nama syarikat judi, bank riba dan sama sepertinya adalah haram.

“Lihat betapa untungnya syarikat judi dengan industri bolasepak EPL, hingga berebut-rebut menjadi penaja besar kelab-kelab di sana.

“Justeru kepada para peminat premier league, jika pada baju jersey pasukan itu terpapar logo syarikat judi, bank riba dan lain-lain yang haram di sisi hukum Islam, maka memakai dan mengayakan baju tersebut di khalayak juga turut jatuh dalam dianggap membantu dan subahat dalam perkara dosa dan yang haram sebagaimana telah ditegah oleh Allah SWT di dalam al-quran dan juga disebut lagi di dalam hadith tegahan bersubahat dengan yang haram,” jelas beliau buat semua peminat bola sepak terutama di Malaysia.

Sembilan kelab lain di EPL dianggap lebih bersih apabila mereka tidak mengenakan sebarang logo atau ditaja oleh sebarang syarikat perjudian bagi saingan musim ini.

Misalnya, Manchester United bersama Liverpool, Tottenham Hotspur, Manchester City, dan Chelsea menjadi antara jersi yang selamat untuk dipakai oleh umat islam yang merupakan peminat bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN