Penyokong Arsenal Yakin Pembelian Ben White Lebih Berbaloi Dari Varane

Raphael Varane Ben White Arsenal

Manchester United telah membelanjakan sekitar £41 juta termasuk bonus untuk mendapatkan Raphael Varane dari Real Madrid.

Harga itu dianggap cukup berbaloi untuk seorang pemain yang dianggap sebagai salah satu pertahanan terbaik dunia ketika ini.

Pemain berusia 28 tahun itu telah membuat 350 penampilan untuk The Los Blancos dan turut mengumpul 79 kaps bersama skuad kebangsaan Perancis.

Sepanjang tempoh itu, beliau telah mengumpul tiga kejuaraan La Liga, empat Liga Juara-Juara Eropah (UCL), empat Piala Kelab Dunia FIFA selain muncul juara Piala Dunia pada 2018.

Bagaimanapun ketibaan Varane di Old Trafford telah mendapat reaksi penyokong Arsenal yang percaya pelaburan kelab utara London itu mendapatkan Ben White dari Brighton dengan harga £50 juta jauh lebih berbaloi.

Nama White mula mencuri perhatian apabila beliau membantu Leeds United muncul juara Liga Kejuaraan dan seterusnya meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2020.

Dengan usia 23 tahun White lima tahun lebih muda dari Varane dan telah pun dipanggil menyertai skuad kebangsaan England pada tahun ini.

Maka hujah utama adalah White masih muda dan mempunyai 10 tahun lagi untuk berada pada tahap tertinggi, sementara usia Varane pula sudah hampir 30 tahun dan mungkin akan meninggalkan United dalam tiga atau empat tahun sahaja lagi.

White merupakan pengganti langsung buat David Luiz yang telah meninggalkan Emirates selepas kontraknya tamat. Arsenal telah pun menganalisis gaya permainannya dan yakin beliau adalah pemain yang tepat dan sesuai dengan taktikal Mikel Arteta.

Tenang, pintasan dan terjahan yang kemas, Kawalan bola yang baik serta mampu menggerakkan serangan dari bawah ia merupakan karakter White yang membuatkan beliau dianggap sebagai seorang pemain pertahanan yang serba boleh.

Seandainya dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang karier pemain ini berjalan dengan baik di Arsenal, tidak mustahil beliau mampu menjadi salah seorang penyerang terbaik di Eropah.

Jadi adakah anda bersetuju pelaburan £50 juta ini cukup berbaloi untuk pemain pertahanan yang masih tiada rekod kejayaan? Masa akan membuktikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN