Prestasi buruk Arsenal di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata tidak menyenangkan penyokongnya sehingga seorang daripada mereka menyeru supaya Mesut Ozil disenaraikan semula di dalam skuad.
Permintaan itu dibuat dengan cara yang unik di mana penyokong yang kali pertama dibenarkan menonton perlawanan di Stadium Emirates memegang plakad yang tertera ayat ‘Bring back Mesut’ di tempat duduk stadium tersebut.
Sebanyak 2,000 orang penyokong dibenarkan hadir meraikan kemenangan 4-1 Arsenal ke atas Rapid Vienna dalam saingan Liga Europa (UEL) pada Khamis selepas pihak kerajaan United Kingdom (UK) membenarkan kehadiran penyokong ke stadium dengan jumlah yang terhad.
This is where I’m at… I’m not #artetaout but I do think things need to change. Bring back @MesutOzil1088 #freeozil. If not, bring someone who adds creativity to the team asap.#aubameyang #ozil #gabriel #xhaka #Tierney @AFTVMedia #ARSWOL
Full video: https://t.co/XdSWURCti3 pic.twitter.com/cFpycg2IWO— Eighty (@Its_Eighty) November 29, 2020
Maskot kelab Gunnersaurus juga membuat penampilan selepas dilaporkan ‘dipecat’ sebelum ini sebelum Ozil memberi jaminan akan menggunakan gajinya untuk memastikan khidmatnya diteruskan.
Namun kelibat pemenang Piala Dunia 2014 itu mula dirindui oleh penyokong yang melihat Arsenal telah hilang kreativiti di bahagian tengah pasukan sejak ‘membekukan’ pemain tengah Jerman tersebut sejak bulan Mac.
Bagaimanapun Arteta tetap mempertahankan keputusannya dan menjelaskan beliau tiada masalah peribadi dengan pemain berusia 32 tahun tersebut.
“Ini adalah keputusan biasa dalam bola sepak dan saya tiada sebarang masalah dengannya,” ujar Arteta dalams satu temubual bersama Sky Sports.
Paul Merson insists Mikel Arteta should bring back Mesut Özil now that he has Partey to protect him in midfield… with £45m new boy allowing playmaker to 'provide the forwards' pic.twitter.com/xcmQBuYFyW
— ARSENAL (@tomgunner14) December 1, 2020
“Komunikasi saya dengannya sentiasa pada tahap yang baik, kami tiada masalah di antara satu sama lain.
“Peluangnya tetap sama dengan orang lain, saya sedih juga terpaksa mengetepikan tiga pemain daripada senarai ini, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang, tatapi saya cuba untuk pastikan setiap pemain selesa di sini.
“Mengenai Mesut, ia tiada kaitan dengan sikap atau pendiriannya. Ia memang keputusan saya.”
Kredit Foto: Twitter
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal dan Mesut Ozil:
Kerja Baharu Ozil: Penasihat Strategi Syarikat Pelaburan Class 5 Global
‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal