Ajax Amsterdam hadir ke kota Lyon. Bola sepak itu indah. Ia adalah medium terbaik untuk menyebarkan mesej keamanan, kasih, cinta dan sayang.
Itulah yang terjadi di Lyon sebelum, ketika dan selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stade de Lyon, Decines, Perancis.
Ajax Amsterdam hadir ke bandar Lyon dengan bekalan selesa hasil kemenangan 4-1 di Amsterdam Arena seminggu sebelumnya.
Seperti kebiasaan, kumpulan penyokong Ajax Amsterdam akan bertandang ke gelanggang lawan untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.
Tetapi rakaman video (di atas) ini menarik perhatian kami. Lihatlah bagaimana kumpulan penyokong Ajax, juga dikenali sebagai VAK410 (Ultras Ajax Amsterdam) ini meraikan seorang lelaki yang tinggal di jalanan.
Mereka melakukan tradisi ini setiap kali berkunjung ke tempat lawan. Mereka akan cuba beramah mesra dengan masyarakat tempatan.
Mereka menyanyikan lagu 3 Little Birds oleh Bob Marley yang menjadi anthem kepada Ultras Ajax.
Ketika perlawanan kumpulan ini keras dan setia di belakang pasukan mereka walaupun ketinggalan 3-1. Laungan capo Matthijs de Ligt sentiasa nyaring kedengaran.
Mesej daripada kumpulan penyokong Ajax Amsterdan ini jelas. Nilai murni dan moral yang dikongsikan juga jelas kelihatan walaupun sekadar hadir untuk menonton perlawanan bola sepak.
Ajax mendahului dalam perlawanan ini melalui gol Kasper Dolberg pada minit ke-27. Lyon cuba bangkit dengan jaringan 3 gol selepas itu dalam perlawanan yang berakhir dengan cara yang mendebarkan.
Ajax Amsterdam akhirnya menang dengan agregat 5-4.
Ajax Amsterdam akan berkunjung ke Friends Arena, Stockholm untuk aksi final UEFA Europa League (UEL) menentang Manchester United.
Raikan bola sepak dengan aman dan makmur!