Penyokong AC Milan Cetuskan Kempen #Juveout Sehingga Trending Di Itali

Selepas tamat perlawanan Supercoppa di antara Juventus dan AC Milan, para penyokong Milan melancarkan kempen #Juveout. Ini selepas mereka mendakwa pengadil terlalu berat sebelah dalam perlawanan tersebut. Ia telah mendapat sambutan daripada penyokong lain sehingga topik tersebut menjadi trending.

Selepas beberapa jam, topik itu masih kekal antara yang paling hangat.

Juventus menang tipis hasil jaringan tunggal Cristiano Ronaldo. Namun para penyokong Milan kecewa dengan mutu pengadilan. Antaranya, pengadil tidak memberikan penalti dalam insiden melibatkan Emre Can ke atas Conti.

https://twitter.com/alessiobriglia/status/1086275478640455680

Seterusnya, pengadil menyatakan bahawa Cutrone ofsaid, sedangkan pemain itu tidak ofsaid. Pengadil kemudian hanya memberikan kad kuning di atas kekasaran oleh Pjanic ke atas Hakan Calhanoglu.

https://twitter.com/ima_gamer360/status/1086296044613365761

Peminat AC Milan paling kecewa apabila Frank Kessie dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Awalnya ianya cuma kad kuning, tetapi bertukar merah selepas tinjauan VAR.

Penyokong Milan juga mempertikaikan kenapa Matuidi tidak dilayangkan kad merah untuk bentesan ini:

https://twitter.com/ima_gamer360/status/1086295573181927424

Penyokong AC Milan, Inter Milan dan Napoli antara yang agresif melancarkan kempen di media sosial itu sehingga membuatkan ia trending di Itali. Beberapa penyokong di Itali meminta pasukan mereka memboikot perlawanan menentang Juventus. Sampai ke tahap itu kemarahan mereka.

Mereka berpendapat, Juventus terlalu banyak diberikan kelebihan oleh pengadil dalam beberapa musim ini. Anda hanya perlu taip #Juveout untuk melihat protes ke atas Juventus ini.

Macam-macam hal berlaku dalam Serie A musim ini. Daripada isu perkauman yang tiada penghujung sehinggalah kempen mahu menyingkirkan Juventus daripada Serie A. Namun itulah bahana bola sepak moden.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN