Pihak berkuasa tempatan Afghanistan mengesahkan seorang pemain bola sepak remaja menjadi salah seorang individu yang maut selepas terjatuh dari kapal terbang tentera US.
Zaki Anwari, pemain berusia 19 tahun merupakan anggota skuad remaja kebangsaan Afghanistan.
Insiden tersebut berlaku ketika ribuan rakyat Afghanistan menyerbu lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara mereka selepas Taliban kembali berkuasa.
The General Directorate of Physical Education & Sports of Afghanistan confirmed Zaki Anwari, a player from the national youth football team, was among hundreds of young people who tried to leave the country by clinging to a US military plane. Anwari fell and died.#ArianaNews pic.twitter.com/onhcSMFiEu
— Ariana News (@ArianaNews_) August 19, 2021
Musibah yang menimpa Zaki Anwari itu mula dilaporkan oleh akhbar tempatan Afghanistan, Ariana News.
Beberapa vide0 yang tular di media sosial menunjukkan bagaimana mereka yang cuba meninggalkan Kabul berpaut pada sebuah kapal terbang tentera US yang sedang berada di landasan untuk berangkat.
Scenes of panic and chaos played out at the airport in Kabul as crowds of people desperate to escape Afghanistan rushed onto the tarmac.
Some clung to the sides of planes, even as one taxied down the runway, in a bid to flee the Taliban.https://t.co/pAgoGW7tos pic.twitter.com/4YGQd2iEzk
— The New York Times (@nytimes) August 16, 2021
Media tempatan Afghanistan melaporkan sekurang-kurangnya dua maut akibat perbuatan nekad tersebut. Pihak tentera udara US turut mengesahkan mayat turut dijumpai di bahagian gear mendarat pesawat yang mendarat di Qatar itu.
Pengarah Sukan dan Pendidikan Fizikal Afghanistan melalui satu kenyataan di Facebook menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Anwari.
Our deepest condolences go out to the family, friends and teammates of young Afghan national team footballer Zaki Anwari, who reportedly died in a fall from a U.S. plane at Kabul airport on Monday. pic.twitter.com/2DgulUw1HD
— FIFPRO (@FIFPRO) August 19, 2021
“Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, dan berdoa juga kepada Tuhan untuk keluarga, sahabat, dan rakan sepasukan,” ujar kenyataan tersebut.
Turut menyampaikan ucapan takziah ialah Kesatuan Pemain Bola Sepak Antarabangsa (FIFPRO), yang turut memuatnaik gambar pemain muda itu.
⚠️ People trying to escape from Kabul fall into the void when the plane takes off.
Flights at Kabul airport have been suspended until civilians clear the runways 🇦🇫 pic.twitter.com/p2K3D0Sq1c
— VOZ (@Voz_US) August 16, 2021
Sekitar 4,500 anggota tentera US kini ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Karzai, di Kabul untuk mengawal keadaan dan membantu mengeluarkan warga asing di negara berkenaan.
Sementara itu pihak Taliban cuba menyekat mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk meninggalkan negara tersebut.