Penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun Terima Anugerah Kecemerlangan Dari Kedutaan Nigeria

Penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun baru-baru ini telah menerima anugerah kecemerlangan daripada kedutaan kerajaan Nigeria di Malaysia.

Majlis penyampaian diadakan dalam satu majlis ringkas – dipercayai diadakan di kedutaan Nigeria.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Duta Besar Nigeria di Malaysia, Nurudeen Muhammed.

Perkara itu turut dikongsikan oleh penyerang sensasi Selangor itu di laman Instagram beliau baru-baru ini.

Dalam muat naik tersebut, Ifedayo turut merakamkan penghargaan kepada pihak kedutaan, terutamanya Nurudeen Muhammed dan pegawai-pegawai lain kedutaan.

Anugerah tersebut adalah penghargaan kepada Ifedayo atas pencapaian beliau dalam kancah saingan bola sepak Malaysia, yang secara tidak langsung mengharumkan nama Nigeria.

Pada musim lalu, Ifedayo menjaringkan lapan gol dari sembilan perlawanan untuk Melaka United.

Setelah disambar oleh Selangor pada Mei lalu, Ifedayo yang turut pernah beraksi bersama Felda United sebelum ini meledak 12 gol dari 10 perlawanan Liga Super pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN