Penyerang Newcastle United Bertekad Mahu Membuat Kejutan Di Anfield

Penyerang Newcastel United, Salomon Rondon yakin persembahan bertenaga bakal dipersembah skuad itu ketika berdepan Liverpool di Anfield pada perlawanan ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar lagi.

Katanya, The Magpies sudah bersiap sedia untuk membuat kejutan bertemu Liverpool meskipun diketahui ramai bahawa kelebihan lebih memihak kepada pasukan tuan rumah itu.

Rondon berkata, beliau akui dengan kehebatan Liverpool ketika ini, namun penyerang berusia 29 tahun itu percaya rakan sepasukan juga mampu memberi tentangan sengit buat Liverpool untuk perlawanan itu nanti.

“Salah, Firminio dan Mane adalah pemain hebat tetapi setiap perlawanan adalah sukar,” kata Rondon.

HUDDERSFIELD, ENGLAND – DECEMBER 15: Jose Salomon Rondón of Newcastle United and Rafael Benítez the head coach / manager of Newcastle United during the Premier League match between Huddersfield Town and Newcastle United at John Smith’s Stadium on December 15, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Liverpool bermain sangat baik, Salah dan Firminio menjaringkan banyak gol, tetapi kami juga perlu fikir yang pemain kami juga mampu untuk melakukannya.”

“Kami akan menghormati pihak lawan. Tetapi kami tahu yang kami mampu memperolehi keputusan yang baik.”

Tambah Rondon lagi, “Pengurus (Rafa) ada berkata kepada kami, jika kita tidak mampu menang (lawan Liverpool), jangan kalah.”

Crystal Palace memberi inspirasi

Rondon bagaimanapun sempat memuji persaing mereka, Crystal Palace yang berjaya membuat kejutan menewaskan Manchester City 3-2 pada perlawanan minggu lalu.

Bagi Rondon, beliau menyifatkan kemenangan Crystal Palace itu telah berjaya memberi sumber inspirasi buatnya dan rakan pasukan untuk berdepan Liverpool selepas ini.”

Crystal Palace’s Andros Townsend celebrates scoring his side’s second goal of the game during the Premier League match at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Rondon berkata, meskipun perlu berdepan Liverpool yang sekarang berada dikemuncak prestasi, segala kemungkinan boleh berlaku dan Newcastle mampu untuk membuat kejutan disana.

“Kami menantikannya (Liverpool) kerana ini adalah pertandingan berikutnya. Kami harus memainkannya. Ia agak sukar, namun perlu diakui yang semua perlawanan juga boleh dikatakan sukar.”

“Kami akan pergi ke sana (Anfield) untuk mendapatkan beberapa mata.”

“Contoh terbaik adalah Crystal Palace yang berjaya menewaskan Man City di tempat lawan, sehingga anda semua tidak pernah ketahui apa yang boleh terjadi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN