Penyerang Muda Belanda Ini Menyesal Pernah Tolak Tawaran Liverpool

Dani Van der Moot boleh dikatakan satu nama yang asing untuk peminat bola sepak. Tetapi sebenarnya penyerang warga Belanda ini pernah ditawar oleh Liverpool untuk menyertai juara Eropah itu ketika pemain berkenaan berusia 16 tahun.

Kini pemain berusia 22 tahun ini mengakui ianya merupakan penyesalan terbesar dalam hidupnya apabila menolak tawaran pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu enam tahun lepas.

Semasa menerima tawaran tersebut, van der Moot dikatakan salah satu prospek terbaik di Eropah dan merupakan seorang pelatih di akademi AZ Alkmaar.

Malangnya pada hari ini beliau cuma bermain untuk sebuah pasukan amatur Belanda, Rijnsburgse Boys dalam liga divisyen keempat.

“Jika dalam hidup saya ada pekara yang saya sesali, ianya adalah melepaskan peluang menyertai Liverpool,” kata Van der Moot kepada Eldvoetbal.

“Ada beberapa kelab yang menunjukkan minat, tetapi Liverpool yang paling serius memberi tawaran. Saya membuat lawatan sehari bersama ibu bapa saya dan dibawa ke stadium, kompleks latihan dan juga bandar Liverpool.

“Mereka menunjukkan kepada saya apa yang akan saya lalui jika mula bermain dan tinggal di sana. Ianya merupakan satu memori yang sangat indah untuk dikenang.”

Penyerang tersebut akhirnya memilih untuk menyertai akademi PSV dan selepas itu kariernya mula tenggelam. Hanya bermain untuk pasukan simpanan PSV dalam liga divisyen kedua dan tidak pernah berjaya menembusi skuad senior.

Pada 2016, beliau dipinjamkan selama setahun ke pasukan simpanan FC Utrecht. Pada Januari lalu beliau menyertai pasukan divisyen kedua, FC Volendam – pasukan pertama yang disertainya ketika berusia 11 tahun.

Bulan lepas beliau berpindah pula ke Rijnburg Boys dan akhirnya menemui sentuhan terbaiknya setelah menjaringkan empat gol dan tiga bantuan jaringan dalam lima penampilan liga.

“Saya merupakan salah satu bakat yang hebat semasa muda. Tetapi sukar untuk menjelaskan mengapa saya tidak berjaya memenuhi jangkaan.

https://twitter.com/2deDivisie/status/1180075191126376449?s=20

“Ianya mungkin satu kebetulan. Pernah satu masa saya mendapat kecederaan dan saya juga sudah bermain 40 perlawanan untuk pasukan simpanan PSV tetapi cuma menjaringkan enam atau tujuh gol. Jujurnya saya tidak mempamerkan aksi yang baik.

“Saya boleh memilih untuk kekal bersama AZ [Alkmaar], tetapi pada waktu itu saya merasakan pada waktu itu, pilihan terbaik adalah untuk menyertai PSV [dan menolak tawaran Liverpool].

“Satu perkara yang saya dapat belajar, dalam bola sepak apa yang kami rancang tak semestinya menjadi. Kamu mungkin beraksi dengan baik dalam perlawanan lepas, tetapi yang lebih sukar adalah untuk kekal konsisten.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN