Penyerang Kebangsaan Bahrain Sifatkan Bekas Pemain Tengah JDT Sangat Berkualiti

Penyerang import Persija Jakarta iaitu Abdulla Yusuf Helal menganggap dua pemain muda yang bersama beliau dalam pasukan ketika ini mempunyai bakat sangat berkualiti.

Kedua pemain tersebut ialah Resky Fandi yang beraksi di posisi tengah serta bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) musim lalu iaitu Syahrian Abimanyu yang disifatkan Yusuf sangat berkualiti.

Yusuf menyedari perkara berkenaan setelah melihat sendiri aksi kedua pemain tersebut dalam sesi latihan baru-baru ini bersama Persija Jakarta.

Pemain tersebut mula menyertai Persija Jakarta pada musim ini selaku salah seorang pemain import yang beraksi sebagai penyerang utama.

Yusuf bakal membuat penampilan beliau pada aksi kedua saingan Liga 1 Indonesia tidak lama lagi dan kini dilihat giat berlatih untuk membuktikan sesuatu buat para penyokong pasukan.

“Setakat ini, saya melihat ramai pemain bola sepak tempatan yang sangat bagus untuk terus diketengahkan di Persija Jakarta.

“Antara yang menarik perhatian sepanjang sesi latihan dilalui saya ketika ini ialah Syahrian Abimanyu dan Resky Fandi,” jelas Yusuf menerusi Bola.com.

Untuk rekod, kelebihan Abimanyu beraksi di atas padang memang diakui sejak awal pembangunan sehingga menarik minat JDT untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Musim lalu juga menyaksikan Abimanyu telah dipinjamkan oleh JDT ke Australia bagi mewakili kelab di sana iaitu Newcastle Jets bersama bekas rakan sepasukannya, Liridon Krasniqi.

Musim ini, Abimanyu dilihat bakal terus memberikan sesuatu yang positif bersama Persija Jakarta serta mencipta nama untuk skuad kebangsaan bawah kendalian Shin Tae-yong.

Selain itu, Resky Fandi pula mempunyai cerita sedikit berbeza berbanding bekas pemain JDT itu, apabila beliau sebelum ini lebih kerap dipinjamkan ke serata kelab lain sebelum menarik minat pengendali Persija Jakarta musim ini, Thomas Doll.

Dalam masa sama, Yusuf menyatakan dirinya cepat memahami corak permainan dan suasana Liga 1 Indonesia setelah mendapat perkongsian daripada rakan sepasukan, termasuk Otavio Dutra.

“Selaku seorang pemain yang berpengalaman, Dutra banyak memberi nasihat serta galakan kepada saya sekain berkongsi beberapa tips. Saya begitu selesa dengan keadaan sebegini,” ujar Yusuf.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN