Penyerang Indonesia Terima Latihan Khas Daripada Bekas Peledak Korea Selatan

Penyerang muda Indonesia iaitu Ramadhan Sananta tampil menjadi antara pemain yang bertuah selepas beliau menerima latihan khas untuk mempertajamkan lagi aspek penyudah di hadapan gawang gol.

Terdahulu, Indonesia turut menerima sentuhan daripada bekas pemain serangan berbisa Korea Selatan iaitu Yeom Ki-hun yang tampil selaku pembantu jurulatih kepada Shin Tae-yong buat Sang Garuda kini.

Nama Ki-hun bukan lagi suatu yang asing buat peminat bola sepak di Korea Selatan selepas beliau mencipta pelbagai kejayaan tersendiri baik untuk kelab atau ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Disebabkan itu, Ki-hun memiliki pengalaman cukup baik di arena bola sepak profesional terutama di posisi serangan untuk mencurahkan segala ilmu kepada tunas-tunas baharu.

Malah, beliau juga diberi peranan khas untuk membangunkan penyerang-penyerang berkualiti buat skuad kebangsaan Indonesia sebelum aksi bertemu Arab Saudi serta Australia.

Menurut Sananta, beliau mengakui mendapat banyak ilmu serta pendedahan terbaik daripada pembantu jurulatih itu dalam usaha untuk menjadi penyerang berbisa di atas padang.

Antara ditekankan oleh Ki-hun kepada Sananta ialah aspek kekuatan yang dianggap sebagai aset buat pemain tersebut selain beberapa perkara perlu dipertingkatkan.

“Ketika bersama kem latihan skuad kebangsaan lalu, ada beberapa perkara disampaikan beliau kepada saya. Untuk kekuatan, dia kata sudah pun cukup baik,” jelas beliau menerusi perkongsian Bola.com.

Jelas Sananta lagi, kehadiran pengendali itu sangat membantu menerusi pengalaman dimiliki untuk memberi panduan terbaik kepada mereka yang masih lagi memerlukan bimbingan terbaik.

Malah, Sananta juga optimis untuk menjadi penyerang berbisa pada masa hadapan baik untuk kelab atau ketika mewakili skuad Sang Garuda di pentas antarabangsa.

Nama bintang muda ini sebelum itu telah pun menjadi antara bualan ramai di pentas Asia selaku bintang muda membangun buat skuad Indonesia menerusi ketajaman beliau di hadapan gawang gol.

Menerusi panduan serta latihan khas yang diterima Sananta, sudah tentu sedikit sebanyak perkembangan beliau dianggap lebih positif untuk bintang muda ini pada masa hadapan.

Kesan latihan khas itu juga menyaksikan Sananta sudah pun menemui sentuhan jaringan beliau di pentas Liga 1 Indonesia ketika skuad diwakili iaitu Persis Solo menewaskan Madura United menerusi keputusan 4-0.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN